OUR STREAMERS

Daddyhood: Mencari bakat dan pasukan baru untuk sertai The Academy My

Posted by Nadzreen on September 29, 2021

Ramai teruja apabila Daddyhood atau Nureddy Nursal meluahkan hasrat untuk membuat akademi bagi mana pasukan yang ingin bermain secara serius dan bernaung dibawahnya.

Perkara ini diluahkan pada penstriman langsung beliau dan tertanya mendapat banyak pujian netizen terutamanya bakat baru yang menantikan berita sebegini.

Ketika dihubungi, Daddyhood mendakwa perkara ini sudah dibincangkan bersama rakan-rakan kerana saya menerima banyak mesej di Instagram Homebois dan Team Bosskurr.

Menurutnya, dia sedang mencari pasukan yang ingin mengubah hidup dan mengasah bakat sehingga berjaya melanjutkan karier sebagai pemain profesional.

"Saya menjemput mana-mana pasukan yang ingin berada dibawah naungan saya dan ada elaun kepada mereka.

"Dalam perancangan juga nak tubuhkan satu team ada gaji setahun," katanya.

Akademi ini akan terbahagi kepada dua bahagian permainan iaitu PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang.

"Untuk permulaaan saya akan fokus kepada pasukan PUBG terlebih dahulu dan beralih kepada MLBB," katanya.

Untuk mereka yang ingin mengikuti perkembangan lanjut, anda boleh mengakses Instagram rasmi akademi ini di @theacademy_my

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram