OUR STREAMERS

Fifa22: LuqmanHzq, AkmalJHD dan Chamack 'Kongsi Ilmu' pada sambutan Hari Sukan Negara 2021

Posted by Nadzreen on October 5, 2021

Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur, Gamesbond dan GBX Esports membawakan kepada anda Bengkel Esports FIFA: Bersama GBX Esports bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara 2021 yang akan menampilkan jagoan FIFA terbaik di Malaysia iaitu LuqmanHzq, AkmalJHD dan Chamack.

Muzaffar Zuhair (Chamack) berkata, bengkel ini akan membantu para pemain FIFA untuk meningkatkan skil dan cara permainan ke tahap yang lebih tinggi.

"Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pemain-pemain amatur cara bermain secara profesional dan kompetitif," katanya.

Menurutnya, bengkel ini mengambil masa kira-kira 2 jam dan banyak pengisian akan dikongsi kepada peserta.

"Yuran adalah percuma dan kita akan menunjukkan cara bermain dan jika peserta mempunyai Fifa22 bersama mereka, mereka boleh terus mempraktikkan corak permainan di rumah masing-masing,'' katanya.

Informasi berkaitan bengkel adalah seperti berikut:
Tarikh: 9 Oktober 2021
Waktu: 2 petang
Hari: Sabtu
Yuran: Percuma
Pautan pendaftaran: https://bit.ly/HSNJBSWPKL

Dia berkata, tidak lupa juga, peserta yang menyertai bengkel ini akan diberikan sijil penyertaan dan berpeluang memenangi hadiah.

"(Kata laluan rahsia akan diberikan ketika bengkel berlangsung). Hanya peserta bersama kata laluan yang betul akan mendapat sijil (digital) dan layak memasuki cabutan bertuah,'' katanya.

Kelmarin, pasukan sukan elektronik FIFA dari Malaysia, GBX Esports telah mengumumkan barisan pemain baharu mereka bagi musim 2021/22.

Barisan baharu ini terdiri dari gandingan pemain berpengalaman dan pemain muda dari Malaysia. Pemain yang kekal bersama GBX Esports bagi musim 2021/22 adalah Luqman Haziq (LuqmanHzq, 24 tahun) yang juga merupakan pemain terbaik Malaysia selama 4 tahun berturut-turut semenjak musim 2018.

Pemain baharu yang menyertai GBX Esports musim ini adalah Ahmad Akmal Abd Rafil (AkmalJHD, 19 tahun), Muzaffar Zuhair (Chamack, 18 tahun) dan Imran Deen
(ImranDeen, 24 tahun).

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram