OUR STREAMERS

Eksklusif: MissRose tiada lagi 'Cinta Baru'

Posted by Nadzreen on April 15, 2022

Baru-baru ini, eGG Network sempat menemu bual si cantik jelita Miss Rose dalam satu Program 1UP Podcast baru-baru ini berkenaan kehidupan dan kerjaya sebagai strimer.

Mungkin ada yang masih belum mengenali dirinya Roslinda Embran yang turut dikenali sebagai Miss Rose sudah berkecimpung dalam arena ini sejak 2018 lagi.

Pernah viral dimana, dirinya berjaya menjana lima angka sebelum hanya melakukan penstriman game PUBGM.

Jom kita kupas perkembangan terbaru Miss Rose suka dan duka kehidupan realiti dan dunia penstrimannya.

Kisah Miss Rose Seorang Ibu Tunggal

Ramai yang tidak mengetahui mengenai kisah ini, ianya kerana dirinya tidak mengemarkan kisah peribadi menjadi tumpuan peminat mahupun penonton di penstrimannya.

"Yer benar, saya kini seorang ibu tunggal kepada enam cahaya mata. Perkara ini sudah lama terjadi hampir setahun lebih dan kini saya hanya tumpukan kepada kerjaya dan anak-anak.

"Mungkin ada yang perasan dan ada juga yang tertanya tentang status saya sebelum ini," katanya.

Mungkin sukar buat dirinya untuk menceritakan mengenai perkara ini namun tiada apa yang perlu dirahsiakan.

"Ada juga yang dah tahu cuba untuk 'try' memang saya tak layan lar dan ada juga yang ingin serius siap tunjukkan penyata bank kepada saya.

"Belum terbuka lagi untuk ada hubungan serius dengan sesiapa," katanya dengan nada yang agak serius.

Menurutnya, dia dan bekas suami masih berhubung baik dan tiada apa masalah mengenai perkara yang sudah terjadi.

"Dia masih menguruskan lagi urusan kerja yang membabitkan penstriman mahupun kami tidak bersama lagi. Jika ada 'job' baru dia akan bagitahu dan uruskan perkara terbabit," katanya.

Miss Rose berkata, selepas raya ini dia akan membuat kejutan dengan adanya sebuah restoran makan di Perak.

"Jadi ibu tunggal perlu mencari duit lebih untuk besarkan anak-anak. Sebelum ini restoran ini mak saya yang buka namun sejak dua bulan ini kami tidak beroperasi kerana keadaan kesihatan mak saya kurang baik.

"Restoran ini berkonsepkan makan ketam seperti Fatty Crab dan ada juga menu chicken wing, nasi goreng berserta pencuci mulut.

"Saya nak jadikan restoran ini tempat lepak santai ada WIFI dan juga ada Shisha," katanya.

Raya Tahun Ini Paling Bermakna

Sudah dua tahun kita tidak beraya 'Sebenar' kerana Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan tahun ini dia menyatakan dapat beraya bersama anak-anaknya.

"Anak-anak akan beraya bersama dengan saya tahun ini dan persediaan raya sudah siap. Tak sabar betul nak beraya," katanya sambil ketawa kecil.

Dia berkata tiga orang anaknya tinggal bersama dengan ayah mereka di Selangor manakala tiga lagi ada dengannya di Perak.

"Ramai yang tahu saya tinggal di Perak dan tiga anak bersama bekas suami saya. Tiap minggu saya akan datang tengok anak-anak," katanya.

Raya tahun ini juga Miss Rose akan membuat live seperti biasa demi peminat yang disayanginya.

"Pada malam raya pertama, saya akan membuat live di halaman Facebook Gaming saya untuk satu program. Gigih tau malam raya pertama strim demi anda semua, hehe," tawanya.

Masih sebagai strimer tegar.

Miss Rose masih melakukan penstriman pada halaman Facebook Gamingnya setiap hari dan tontonan yang diperoleh seperti biasa tidak mengecewakan.

"Masih strim setiap hari walaupun ada perkara luar yang perlu saya selesaikan namun ini adalah kerjaya saya dan saya fokus untuk melakukannya.

Ucapan kepada peminat

"Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong Miss Rose turun naik dalam dunia penstriman dan jangan lupa untuk sentiasa bersama saya dan nantikan pengumuman mengenai restoran saya," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram