OUR STREAMERS

MSC2022: Malaysia tuan rumah MSC 2022! Adakah anda sudah bersedia?

Posted by Nadzreen on April 7, 2022

Keterujaan peminat tanah air kian membuak-buak apabila Malaysia dipilih untuk menjadi tuan rumah buat kali pertama Mobile Legends: Bang Bang Southeast Asia Cup buat kali kelima.

12 Pasukan dari Asia Tenggara iaitu Malaysia, Kemboja, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, Myanmar, Laos dan Vietnam bakal berentap untuk menjadi juara MCS 2022.

Sepertimana yang dijangka MSC 2022 akan diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dan lokasinya masih lagi belum diumumkan.

Kejohanan kali ini akan dianjurkan secara 'offline' dan pastinya kehadiran peminat mampu memberikan sokongan kepada pasukan tanah air.

Siapakah yang akan menjadi Ultimate Champion Asia Tenggara! Dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai US$300,000, pertempuran yang sebenar akan bermula kelak!

Simpan tarikh di bawah!

🗓️ Peringkat Berkumpulan: 11-12 Jun 2022

🗓️ Playoffs: 14-19 Jun 2022

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram