OUR STREAMERS

Mobile Legends M3: Dakapan, air mata restu ibu buat anak

Posted by Nadzreen on November 23, 2021

Sebak dan terharu. Itulah yang dapat diungkapkan penulis apabila melihat dakapan erat seorang ibu pada anaknya sebelum melepaskan anak kesayangan pergi meninggalkan keluarga untuk mengharumkan nama negara.

Namun air mata dan dakapan itu bukanlah kerana kesedihan tetapi kerana bangga dengan kejayaan anaknya yang bakal beraksi pada Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 di Singapura.

Zaslini Zakaria, Ibu kepada salah seorang pemain Todak Ajiq berkata sukar untuk melepaskan anak bongsunya itu, namun dia berbangga kerana impian anaknya untuk bermain pada M3 tercapai.

"Dia memang manja dengan saya, anak bongsu lar katakan. Sedih lar juga sebab nak lepaskan dia pergi tu, tapi demi mengharumkan nama negara dan keluarga, saya gembira dan menyokongnya 100 peratus," katanya.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu pada majlis penyerahan bendera Malaysia dan pelepasan pemain Todak dan SMG ke Singapura bagi menghadapi Kejohanan Dunia Mobile Lagend (M3) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

Menurutnya, anak bongsunya itu seronok dengan apa yang dikecapi hari ini dan tidak pernah pun anaknya merasakan pertandingan ini tekanan buat dirinya.

"Dia seronok dengan apa yang dia lakukan dan itu yang paling penting sekali. Pada awal pembabitan, auntie tidak begitu setuju kerana kurang pendedahan mengenai bidang e-Sukan ini.

"Kini ternyata apa yang auntie fikirkan jauh meleset dan bidang ini mampu memberikan masa depan yang cerah kepada anak muda yang lain," katanya.

Zaslini berkata dia berharap pasukan Todak dapat mempamerkan aksi terbaik dan mendoakan pasukan itu menjadi juara.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram