OUR STREAMERS

MLBB: Mampukah HOMEBOIS dan SUHAZ ESPORTS menunjukkan 'TARING' pada hari pertama MPL MY/S8

Posted by Nadzreen on August 13, 2021

Penantian yang ditunggu peminat Mobile Legend Bang Bang (MLBB) apabila MPL MY S8 membuka tirai pada jam 3 petang ini.

Perlawanan pada hari pertama dimana pasukan EBLZ dan pasukan Bosskurr merupakan team baru akan menetang dua pasukan terkuat pada MPL S7 SUHAZ ESPORTS dan HOMEBOIS.

Mampukah dua pasukan 'Newbies' ini membuat kejutan dan memberikan saingan kepada pasukan 'Otai' mahupun pasukan lama ini akan menunjukkan taring mereka mengapa digelar pasukan terkuat pada musim lepas.

Jadual perlawanan seperti berikut:

⏰ 3:00PM | SUHAZ ESPORTS vs SDGR EA EBLZ
⏰ 5:00PM | HOMEBOIS vs TEAM BOSSKURR

Pada hari kedua pastinya peminat tidak sabar akan pertembungan antara RSG MY and Suhaz dimana kedua pasukan ini berada top 1 dan 2 pada peringkat kumpulan dan pastinya menjanjikan aksi yang mendebarkan.

Adakah juara musim lalu, RSG MY akan mempertahankan tahta mereka di musim ini?

Pasukan Orange dengan penampilan anggota baru mampukah mereka menonjol pada musim ini dan Team SMG dengan keyakinan baru mengekalkan pemain lama dan turut mempunyai pemain baru semestinya menarik perhatian peminat.

Jadual:
⏰ 1:00PM | ORANGE ESPORTS VS TEAM SMG
⏰ 3:00PM | RSG MY VS SUHAZ ESPORTS
⏰ 5:00PM | GEEKFAM VS TODAK

MPL MY Liga Musim yang ke-8 kini di hari yang ke tiga dan terakhir pada minggu pertama!!

Mampukah Todak untuk melanggar segalanya? Adakah HomeBois Vins yang pernah bersama Todak, dapat menyesuaikan dirinya bersama pasukan baru semestinya menjadi perhatian peminat.

Bagi perlawanan antara Red Esports dan Geek Faam kedua-dua pasukan mengekalkan pemain yang sama adakah ada strategi dan meta baru yang akan ditonjolkan?? Sama-sama kita nantikan.

Tidak lupa juga pertembungan antara EBLZ dan Orange, dua pasukan baru yang semestinya ingin membuktikan kemampuan mereka mengapa layak untuk MPL MY musim ini.

Jadual:
⏰ 1:00PM | TODAK VS HOMEBOIS
⏰ 3:00PM | RED ESPORTS VS GEEKFAM
⏰ 5:00PM | SDGR EA EBLZ VS ORANGE ESPORTS

Jangan lupa untuk menonton secara live di facebook https://web.facebook.com/eGGNetwork dan siaran langsung bermula pada Ahad ini di eGG Network (Astro 800). Jangan lupa ikuti kami di semua platfom media sosial eGG.Network untuk perkembangan terbaru MPL MY S8.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram