OUR STREAMERS

MPL-MY S8: SDGR EA ELBZ 'ratah' RSG MY untuk peroleh kemenangan pertama

Posted by Nadzreen on September 13, 2021

Ramai yang tidak menjangkakan pasukan SDGR EA ELBZ mampu menumpaskan juara musim lepas RSG MY dengan 2-1 selepas aksi kurang memberangsangkan dari minggu pertama hingga minggu ke empat.

Mungkin kerana kurang pengalaman dalam bermain secara profesional membuatkan mereka hilang arah dan kini kemampuan pemain SDGR EA ELBZ tidak boleh dipandang ringan lagi kerana dengan kehadiran Coach Silo membuktikan mereka mempunyai sesuatu yang bakal ditonjolkan.

Menurut pengurus pasukan SDGR EA ELBZ, Mohd Redzuan berkata kemenangan pertama yang diperoleh ini adalah hasil semangat pemain sendiri dan bantuan coach Silo yang membuktikan kehadirannya mampu memberi sesuatu pada pasukan.

"Walaupun pasukan kami, adalah pasukan baru dan tertanya pengalaman pemain masih jauh lagi jika dibandingkan pemain dari pasukan lain.

"Pasukan yang bertanding sentiasa berubah dalam pemilhan hero dan meta baru. Mereka berlatih dan berbincang dengan coach mengenai pihak lawan," katanya.

Dia berkata, kehadiran Silo dalam pasukan ini dilihat sangat membantu dari segi corak permainan, analisa pemilihan hero pihak lawan dan bermacam-macam lagi.

"Dengan pengalaman yang sedia ada, Coach Silo memberi tips dan draft pemilihan hero untuk bertempur dengan pihak lawan tetapi pemain lebih tahu apa yang mereka ingin lakukan dan tertanya kesefahaman ini membuahkan hasil dengan kemenangan yang pertama," katanya.

Menurutnya, pemain Elbz agak lambat 'panas' dan sebagai pengurus pasukan perkara ini perlu diberi perhatian agar mereka fokus kembali apa tujuan pasukan ini.

"Pada minggu kedua saya melihat mereka mula 'down' dan pihak pengurusan melihat serius perkara ini.

"Mereka masih muda dan banyak lagi perlu belajar untuk menghadapi situasi sebegini. Apa pun jangan terlalu selesa dengan kemenangan ini," katanya.

Redzuan berkata, antara pemain yang dilihat mempamerkan peningkatan dalam permainan adalah Kuza dan Sori.

"Semua pemain menunjukkan peningkatan masing, tetapi dua pemain ini menunjukkan cara pembawakan target dan objektif permainan lebih menonjol," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram