OUR STREAMERS

MPL-MY S8: XRAY sertai Geek Fam; MOM sertai Team Bosskurr.

Posted by Nadzreen on September 24, 2021

Banyak kejutan berlaku di saat pintu perpindahan hampir tamat dan inilah kelainan yang peminat inginkan apabila MPL-MY S8 hampir menutupkan tirainya.

Kejutan demi kejutan guys, Xray menyertai Geek Fam pada saat akhir jendela perpindahan ditutup. Adakah ini satu 'Petanda' Geek Fam tidak akan memberi ruang kepada pasukan lain dan meneruskan penguasaan dalam kumpulan B.

Kejutan juga dari Mom yang sebelum ni dari pasukan RSG MY, kini berada dalam Team Bosskurr.Adakah Mom akan beraksi dalam perlawanan pertamanya bersama Team Bosskur?

Perubahan pemain untuk minggu ini.

Kemasukkan Wynn dan Eshaa ke dalam Team SMG.
Kemasukkan TikTok ke pasukan RSG MY.
Ucapkan ribuan Terima Kasih kepada Deto dari Team SMG.

Carta Kedudukan Musim Liga

Perbezaan antara mata top 2 pasukan dalam pasukan B antara Todak dan Geek Fam hanya satu mata. Persaingan merebut tangga teras dalam pasukan B sangat dramatik di mana pasukan Homebois yang kini berada di tempat ke 3 hanya dua mata berbeza mampu membuat kejutan pada pasukan top 2.

Bagi kumpulan A pula, persaingan antara Orange Esport dan Team SMG hanya berbeza satu mata dalam perebutan tangga pertama dalam kumpulan.
Bekas juara RSG MY pula kini berada ditempat ketiga selepas persembahan kurang memberangsangkan namun adakah dengan kemasukan MOM ke RSG MY mampu memberikan sinar untuk pasukan mereka?

Jadual Perlawanan Minggu ke-7

MPL MY liga musim yang ke-8 kini sudah hampir ke penghujungnya.
Bagaimana perasaan RSG MY dan Team Bosskurr untuk pertemuan mereka kali ini?
Jadual:
⏰ 3:00PM | SDGR EA EBLZ VS TODAK
⏰ 5:00PM | RSG MY VS TEAM BOSSKURR

MPL MY musim liga kini di hari kedua pada minggu yang ke-7!
Mampukah TEAM SMG menjatuhkan pasukan Todak di perlawanan harini ??
Jadual:
⏰ 1:00PM | SDGR EA EBLZ VS HOMEBOIS
⏰ 3:00PM | TEAM SMG VS TODAK
⏰ 5:00PM | ORANGE ESPORTS VS RED ESPORTS

Hari terakhir untuk minggu yang ke-7!
Penutup perlawanan hari ini adalah di antara pasukan RSG MY dan Geekfam! Siapa yang bakal membantai siapa??
Jadual:
⏰ 1:00PM | ORANGE ESPORTS VS HOMEBOIS
⏰ 3:00PM | SUHAZ ESPORTS VS TEAM BOSSKURR
⏰ 5:00PM | RSG MY VS GEEKFAM

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram