OUR STREAMERS

MPLMYS8: Mampukah Team SMG mengekalkan "Invincible" mereka di minggu ke-3?

Posted by Nadzreen on August 27, 2021

Pemain harapan SMG, Sasa atau kini digelari sebagai "Rak-Sasa" dikaitkan sebagai punca kemenangan TEAM SMG. Mampukah mereka mengekalkan "Invincible" mereka di minggu ke-3 atau pasukan Suhaz Esport akan menyekat kemaraaan Team SMG?

Kemampuannya Sasa untuk membawa kemenangan pada pasukannya sudah pastinya ditagih selepas menunjukkan prestasi yang terbaik minggu lepas.

Mampukah pasukan SMG menewaskan Suhaz Esport untuk mengekalkan rekod tanpa kalah pada petang ini.

Red Esports! Salah satu pasukan yang ditunggu-tunggu! Ramai nak tahu prestasi pasukan ini. Adakah mereka mampu untuk mengalahkan pasukan Homebois?

Pada hari kedua minggu ke-3, tiga perlawanan tumpuan bakal dipertonton kepada peminat di mana pasukan Suhaz Esports akan berentap dengan pasukan ELBZ.

Mampukah pasukan Suhaz merebut kejuaraan musim ini atau pasukan ELBZ akan melakukan sesuatu selepas tewas pada minggu pertama?

Pasukan RSG MY akan menentang pasukan SMG, semestinya perlawanan wajib ditonton peminat MLBB. Mampukah RSG MY bangkit pada minggu ketiga atau SMG akan memusnahkan harapan pasukan RSG MY.

Perlawanan antara TEAM BOSSKURR dan TODAK bukan saja menjadi perhatian peminat malah pasukan lain juga. Mampukah pasukan Team Bosskur bangkit dari minggu yang suram buat mereka. Adakah Todak meneruskan corak permainan mereka yang kurang menyengat.

Pada hari terakhir minggu ke-3, dapatkah Geek Fam membalas dendam dan sekaligus mendapatkan kedudukan yang teratas di musim liga?? Sudah pastinya ramai yang tidak sabar dengan perlawanan dua pasukan ini.

Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung di siaran 800 eGG TV dan jangan lupa untuk mengikuti media sosial eGG.Network untuk perkembangan terkini.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram