OUR STREAMERS

MPLMYS8: Minggu ketiga minggu Meta 'Menggila'

Posted by Nadzreen on August 30, 2021

Minggu 3 MPLMYS8 mempamerkan sesuatu luar biasa di mana kesemua pasukan mempamerkan aksi cemerlang mereka untuk berada dikedudukan terbaik dalam kumpulan.

Hari Terakhir Minggu Ke-3

Pada hari ketiga minggu ketiga, kita menyaksikan dua perlawanan tumpuan antara Todak vs Geek Fam dan Homebois vs Team Bosskurr.

Perlawanan antara Todak menentang Geek Fam menyaksikan pasukan Geek Fam mengawal pada awal permainan. Di mana kelihatan pasukan Geek Fam sangat mendominasi diawal permainan namun pasukan Todak menunjukan corak permainan luar biasa mereka apabila mendapatkan item terdahulu ditengah permainan.

Pada lewat perlawanan menyaksikan Cikugais semakin agresif dengan penggunaan hero yang menampilkan corak permainan yang agresif seperti kita ketahui.

Dalam draft pick team Todak membiarkan hero Chow diambil oleh Xorn Geek Fam pada perlawanan pertama dan kedua namun, kelihatan pemain Todak tidak gentar terhadap pemilihan Xorn Geek Fam.

Todak menang bergaya 2-0 pada perlawanan itu.

Perlawanan antara adik abang Homebois vs Team Bosskurr turut menjadi tumpuan di mana kedua pasukan bertarung dengan sangat agresif dan menarik.

Antara aksi tumpuan di mana Sonic dengan menggunakan Ling melakukan tugas dengan baik apabila pada perlawanan kedua, dia mengucar-kacirkan pihak lawan dengan bergerak 'split push' menyerang turet musuh.

Sehingga berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan mendapat MVP pada perlawanan itu.

Namun pada perlawanan penentuan, Chibi Homebois tidak memberi peluang kepada Team Bosskurr dan mendapat kemenangan serta memperoleh MVP.

Hari Ke-2 Minggu Ke-3

Hari kedua pula, menyaksikan Suhaz Esport tidak memberi peluang kepada pasukan ELBZ untuk memperoleh kemenangan pertama mereka. Mampukah pasukan ELBZ mempamerkan sesuatu pada perlawanan akan datang?

Perlawanan kedua Suhaz mempamerkan dua Mage Pharsa di gold lane dan Harley mid lane satu meta yang sangat menarik ditonjolkan dari pasukan Suhaz dan memperoleh kemenangan.

Pertembungan antara RSG dan SMG juga menyaksikan kedua-dua pasukan ingin menang namun dengan aksi luar biasa pasukan RSG menampakkan jurang antara kedua pasukan itu.

RSG berjaya menewaskan SMG dengan 2-0 menampakkan pasukan RSG ini kelihatan sangat kuat dalam kumpulan A.

Hari Pertama Minggu ke-3

Hari pertama minggu ketiga dimana Suhaz Esport mudah menundukkan Team SMG dengan kemenangan 2-0. Team SMG gagal untuk mengekalkan momentum mereka pada minggu kedua.

D Ace Suhaz pada perlawanan kedua sangat agresif dengan menggunakan Jawhead mengakibatkan pemain SMG tidak mampu berbuat apa-apa.

Pertembungan antara Homebois dan Red Esport menyaksikan Homebois kelihatan terlalu kuat untuk pasukan Red. Chibi Homebois seperti biasa menunjukkan corak permainan yang mantap dan debut IjatOjang Homebois menunjukkan dia seorang pemain yang perlu diberi perhatian.

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan terkini dari kami di semua platfom sosial media untuk perkembangan terkini MPLMYS8.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram