OUR STREAMERS

MPLMYS9: Homebois raih dua kemenangan minggu pertama misi tebus kepercayaan

Posted by Nadzreen on February 21, 2022

Minggu pertama musim liga MPLMYS9, penuh dengan kejutan! Kebangkitan pasukan Homebois membuat kebangkitan walaupun dikenakan tindakan pemberian negatif lapan mata akibat didenda pihak Moonton atas isu baru-baru ini.

Kebangkitan itu umpama pembakar semangat mereka dan misi menebus kepercayaan peminat mereka yang sentiasa menyokong pasukan itu sejak ditubuhkan.

Misi perlu menang dua perlawanan minggu pertama amat penting bagi mengejar mata untuk bersaing dalam kumpulan A.

Ramai yang menganggap perlawanan Homebois dan MAB adalah misi 'membalas dendam' namun tertanya pasukan Homebois tenang menghadapi pasukan lawannya itu.

Pasukan Homebois meraih kemenangan pertama dalam tempoh masa kurang 20 minit dimana pasukan itu mendominasi pemain MAB.

Perlawanan lain yang mencuri tumpuan adalah pertembungan Red Esports menentang Geek Fam yang berkesudahan 2-1.

Rata-rata peminat menjangkakan pasukan Geek Fam akan menang mudah dengan pendatang baru, namun ternyata jangkaan itu meleset.

Jangan lupa untuk mengetahui perkembangan terkini MPLMYS9 di eGG.Network

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram