OUR STREAMERS

MPLMYS9: #INIINTEGRITIKITA; Keputusan siasatan diketahui esok!

Posted by Nadzreen on February 9, 2022

Semakin hampir dengan tirai pembukaan MPL Malaysia S9 semakin banyak isu yang tidak sedap didengari mula menjadi bualan peminat-peminat MLBB.

Desas desus ini seakan benar apabila satu kenyataan dikeluarkan pihak Moonton mengenai satu siasatan sedang giat dijalankan membabitkan permasalahan isu intergriti dan profesionalisme pemain dan pasukan MPLMYS9.

Satu kenyatan mengenai siasatan terhadap isu ini pada akan dikeluarkan esok bagi menjawab persoalan semua pihak mengenai isu ini.

Dalam kenyataan itu juga memberi peringatan kepada mana-mana pasukan atau pemain yang melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan ini kerana sikap profesionalisme dan integriti adalah sangat penting dalam MPL Malaysia.

"Fokus dan tujuan kami adalah meningkatkan eco-sistem e-Sukan ke peringkat yang lebih tinggi. Kami mengalakkan semua agar menghormati semangat kesukanan dan menjaga integriti.

Satu tanda pagar #INIINTEGRITIKITA mula digunakan pemain profesional dan peminat agar perkara ini dapat diselesaikan.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram