OUR STREAMERS

MPLMYS9: MAB Esports penuhi slot terakhir musim liga

Posted by Nadzreen on February 14, 2022

MAB Esport melakar sejarah apabila berjaya menundukkan Team Lemah dalam satu perlawanan semula selepas hasil siasatan 'drama panas' yang berlaku baru-baru ini.

Dengan kemenangan 2- 0 ini membuktikan MAB Esport adalah pasukan yang layak untuk memenuhi slot terakhir musim liga.

Seperti yang diketahui peminat, pemain pasukan MAB Esport berkeloberasi bersama Orange Esport namun selepas kemenangan ini sudah semestinya MAB Esport ingin membawa nama pasukan mereka.

Siapakah pemain yang akan bertanding pada tiket pasukan Orange Esport nanti? Pastinya satu lagi kejutan akan berlaku.

Hasil dari siasatan yang dilakukan oleh pihak Moonton, tindakan tegas diambil terhadap pemain dan juga pasukan yang terbabit.

Dari pemerhatian penulis ada pihak bersetuju dengan tindakan yang diambil dan ada juga yang membantah dengan keputusan itu.

Kejadian yang berlaku juga perlu dilihat secara menyeluruh adakah ianya salah kepada pihak yang melakukan perkara itu atau kesalahan itu patut ditunding kepada pihak yang memantau perlawanan sehingga berlakunya kejadian sebegini.

Apa pun keputusan sudah dibuat dan kita juga sudah mengetahui siapa pasukan yang berjaya memenuhi slot terakhir ini.

Jadi kesimpulan yang dapat dibuat adalah, jangan menduga air yang tenang tiada buaya dan jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.

Anda buat anda mendapat! Jangan sia-siakan bakat dan peluang yang dimiliki.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram