OUR STREAMERS

Ejen Ali Agents’: Rusuh Gank Trio 15 tahun pemenang sulung Kejohanan Ejen Ali Agents’ Arena 2021

Posted by Nadzreen on November 22, 2021

Trio berusia 15 tahun dari Kedah dinobatkan sebagai pemenang sulung Kejohanan Ejen Ali Agents’ Arena 2021 yang diadakan pada minggu lepas.

Pasukan berbakat ini terdiri daripada Megat Ahmad Muizzuddin Megat Ismail Bashir juga dikenali sebagai muzOP yang bertindak sebagai kapten pasukan, bersama rakan sepasukan Muhammad Shafi bin Soffian atau Kazuya dan Muhammad Syamil Mohamad Sayuthi atau Wannnnchuk.

Rusuh Gank mendominasi seluruh kejohanan, sebelum muncul juara dengan menewaskan Pasukan Toska dengan kemenangan 3-0 pada perlawanan akhir.

muzOP mempamerkan kehebatannya dengan menggunakan karakter Khai manakala Kazuya pula menunjukkan kehebatannya menggunakan Ejen Ali. Wannnnchuk pula melengkapi pasukan dengan penggunaan karakter Alicia

Disaksikan oleh ratusan ribu penonton di saluran YouTube Ejen Ali dan TikTok MyGameOn, kejohanan sulung Ejen Ali Agents’ Arena dimenangi oleh Rusuh Gank, sebuah pasukan yang terdiri daripada tiga remaja berusia 15 tahun dari Kedah yang membawa pulang hadiah utama RM5,000.

Ejen Ali Agents’ Arena yang merupakan siri terbaharu dari rangkaian permainan mudah alih Ejen Ali dan permainan MOBA mudah alih pertama negara telah mengadakan kejohanan sulungnya pada hujung minggu lalu bersempena dengan Festival Kreativiti Digital Malaysia (MYDCF) oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menawarkan hadiah terkumpul RM10,000.

Ketua Rangkaian Permainan REV Media Group, Adrian Lai berkata, kejohanan Ejen Ali Agents’ Arena yang pertama kali diadakan adalah satu kejayaan dan telah melangkaui semua jangkaan.

“Slot pendaftaran telah diisi hanya dalam beberapa hari, menandakan minat masyarakat yang kuat terhadap permainan ini serta potensinya sebagai tajuk e-sukan mudah alih yang terulung. Jumlah penonton strim langsung kejohanan yang menggalakkan ini juga menunjukkan bahawa permainan ini bersedia untuk menarik lebih ramai pemain ke dunia Ejen Ali.Tahniah kepada semua pemenang!”

Pengarah Kandungan Kreatif Digital MDEC, Mohan Low berkata, matlamat mereka tetap kekal ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab kandungan digital dan permainan serantau.

"Sejajar dengan itu adalah untuk kami menonjolkan, mengiktiraf dan menyokong bakat dan IP Malaysia yang sangat berpotensi besar," katanya.

 

 

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram