OUR STREAMERS

M3: Mampukah SMG mengikut jejak langkah Todak mara ke 'Upper Bracket'?

Posted by Nadzreen on December 9, 2021

Hari ke-4 untuk peringkat kumpulan bakal menyaksikan pasukan tanah air kita, SMG akan menghadapi perlawanan sulong mereka dengan pasukan RRQ HOSHI pada jam 2 petang ini.

Kecoh apabila dalam satu kenyataan dikeluarkan pasukan RRQ menyatakan tidak gentar kerana pernah bertemu sebelum ini dan mengetahui corak permainan SMG. Betul over confident pasukan RRQ ni!

Seperti yang diketahui, pemain SMG, Sasa yang merupakan MVP untuk MPLMYS8 adalah kunci utama bagi pasukan SMG dan semestinya pihak lawan tidak akan membiarkan Sasa 'bermaharajalela' pada setiap perlawanan nanti.

Adakah pasukan lawan dikumpulan D ini, GX SQUAD, RRQ HOSHI dan RSG SG akan memberikan saingan sengit bagi mengekang kemaraan SMG ke braket atas? Sama-sama kita nantikan yer.

Perlawanan kedua bagi pasukan SMG akan menentang pasukan RSG SG dan perlawanan terakhir menentang GX SQUAD. Mampukah pasukan SMG meraihkan kemenangan dalam tiga perlawanan ini?

Sokongan penyokong SMG dan rakyat Malaysia ditagih pemain kerana sokong anda mampu memberikan semangat kepada mereka untuk melayakkan pasukan ke upper bracket nanti.

Jangan lupa untuk menyaksikan M3 secara live di siaran 800 eGG Network dan ikuti perkembangan M3 bersama kami.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram