OUR STREAMERS

M3: TODAK langgar 'Ego' NAVI, Amukan MOBAZANE tumpaskan EVOS SG

Posted by Nadzreen on December 16, 2021

Perlawanan hari ke-6 playoff M3, kejutan demi kejutan berlaku sehingga ramai yang tidak percaya

Perlawanan lower bracket antara Todak dan Navi yang berkesudahan 3-2 menyaksikan 'King Of Comeback' Todak mengucar-kacirkan pasukan lawannya.

Perlawanan yang pada mulanya kelihatan pasukan NAVI sangat mendominasi pada perlawanan pertama dan kedua seakan pasukan Todak tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghentikan kemaraan pasukan Navi.

Namun, pada perlawanan ketiga pasukan Todak mula menemui rentak permainan dengan membuat 'respect banned' kepada pasukan Navi dan terbukti drafting itu memberi kelebihan pada pasukan mereka.

Pada perlawanan keempat, dimana pasukan Todak wajib menang untuk mengheret pasukan Navi ke perlawanan penentuan. Pemilahan hero yang tepat dapat menghalang pasukan lawan dari menguasai perlawanan dan berkesudahan 2-2.

Pada perlawanan akhir, sekali lagi pasukan Todak membuat kejutan dengan pemilihan hero Eudora yang digunakan Moon ternyata membuahkan hasil apabila gandingan hero itu dan hero Roger Cikugais sangat 'mengerunkan' mengakibatkan pihak lawan buntu dan tewas.

Pada perlawanan upper bracket pula, pertembungan antara BTK dan EVOS SG mempamerkan satu lagi kejutan buat penonton apabila pasukan BTK menewaskan pasukan tuan rumah dengan berkesudahan 3 berbalas 1.

Pemain tumpuan, Mobazane seakan 'dirasuk' dan tidak dapat dihalang pemain Evos kerana terlalu 'Bocah'.

Kekalahan ini menghantar Evos Sg ke lower bracket dan bakal bertemu pasukan Todak pada jam 6 petang esok.

Mampukah pasukan Todak meneruskan Meta lower bracket mereka ketika berhadapan pasukan tuan rumah.

Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menonton secara live di siaran 800 serta di Astro Go diperanti anda.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd (Tel: +603 9543 3838)
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
© 2021 MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD. All Rights Reserved
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram