OUR STREAMERS

MPLMYS9: Homebois dan RSG Malaysia 'Berputih Mata'

Posted by Nadzreen on April 22, 2022

Hari pertama Playoffs MPLMYS9, dipenuhi kejutan demi kejutan apabila dua pasukan Homebois dan RSG Malaysia tersingkir dari Playoffs MPLMYS9, semalam.

Pertembungan antara Caracal dan Homebois, dua pasukan yang menginginkan kemenangan bagi membuktikan pasukan mereka layak untuk berada dipentas playoffs.

Pasukan Caracal membuktikan mereka layak untuk meneruskan perlawanan apabila menewaskan pasukan Homebois 2-0.

Pemain Homebois seakan tidak mampu walaupun cuba bangkit diperlawanan kedua bagi mengekang kemaraan peenguasaan pasukan Caracal.

Pasukan RSG Malaysia juga menerima nasib yang sama apabila tumpas kepada pasukan Orange Esports 2-0.

Kebuntuan pemain RSG jelas terlintas apabila gagal untuk mengekang kemaraan pasukan pihak lawan.

Pemain Orange Esport sepertinya telah menjumpai rentak mereka sejak minggu akhir musim liga baru-baru ini.

Pasukan mana akan meneruskan perjalanan mereka dan pasukan mana akan menerima nasib malang seperti Homebois dan RSG Malaysia.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram