OUR STREAMERS

MPLMYS9: Tirai Gelanggang Musim Liga Dibuka!

Posted by Nadzreen on February 18, 2022

Selepas drama demi drama berlaku sejak beberapa minggu yang lalu membabitkan pemain dan pasukan yang terbabit dalam pertandingan berprestij ini, akhirnya minggu liga kini membuka tirainya.

Suka atau tidak bukan menjadi persoalan, yang menjadi persoalannya adakah pasukan-pasukan ini sudah bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik mereka untuk melayakkan pasukan ke slot playoff?

Hari pertama minggu pertama musim liga perlawanan pertama antara pasukan Juara Mplmys8 Team SMG akan berentap dengan pasukan Orange Esports.

Sebelum ini, kita ketahui Orange Esports berkaloberasi bersama MAB Esports namun MAB Esports berjaya mendapatkan slot terakhir selepas menewaskan Team Lemah dalam satu perlawanan semula untuk melengkap slot kekosongan musim liga ini.

Orange Esports membuat kejutan dengan berkoleberasi bersama Team Haq dan dibaris pemain seperti Issonic, Lolla, Man, Minn, Valenz, Waff dan Zeno.

Bagi pasukan bekas juara pula, masih mengekalkan pemain lama dan penambahan pemain baru Leixia yang sebelum ini merupakan pemain baru untuk Team Caracal.

Adakah pasukan SMG akan membaham pasukan Orange Esports atau kejutan akan berlaku?

Bagi perlawanan kedua membabitkan pasukan Todak menentang RSG Malaysia pada jam 5 petang ini.

Seperti yang diketahui, pasukan Todak merupakan pasukan kegemaran namun satu berita yang kurang menarik diumumkan pasukan mereka dimana Cikugais mengumumkan untuk berehat seketika dan tidak bermain untuk musim ini.

Tanpa Cikugais adakah pasukan Todak mampu untuk mempamerkan corak pemainan yang agresif dan sukar diramal? Adakah satu percaturan baru akan kita saksikan nanti?

Bagi pasukan RSG Malaysia nampaknya dengan barisan pemain seperti, Kuza, Zacus, Tiktok, Izanami, Iris, Mortarlala, Fenrir dan Akimm.

Pasukan mana yang bakal meraih mata pertama mereka? Mampukah RSG Malaysia menumpaskan naib juara Mplmys8 Todak? atau Todak akan melanggar RSG seperti tiada otak? sama-sama kita saksikan aksi hari pertama minggu pertama musim liga.

Jangan lupa untuk sentiasa bersama eGG.Network untuk perkembangan terbaru MPLMYS9.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram