OUR STREAMERS

MPLMYS9: Todak, Geek Fam 'SERU' Cikugais dan Xorn!

Posted by Nadzreen on March 14, 2022

Minggu ke-4, minggu yang dinantikan para peminat MLBB apabila jendela perpindahan dibuka dan pemain yang sebelum mengumumkan ingin berehat dari MPLMYS9 kini kembali.

Cikugais dari Todak dan Xorn dari Geek Fam membuat penampilan sulong mereka pada minggu ke-4 demi membantu pasukan masing-masing memperoleh mata dalam saingan.

Ternyata kehadiran Cikugais memberi impak besar buat pasukan Todak dimana mereka melakar kemenangan 2-1 ke atas pasukan RSG MY.

Sentuhannya dalam memerangkap pasukan lawan ternyata membuahkan hasil.

Pasukan Todak yang juga dikenali sebagai KIng Of Comeback akan membuat kejutan pada minggu ke-5 buat peminat dan pasukan lawan.

Mungkinkah ada Meta baru yang akan dipamerkan mereka? Sama-sama kita nantikan.

Namun bagi pasukan Geek Fam pula, kembalinya Xorn tidak mencapai apa yang diinginkan peminat ini kerana pasukan itu mengalami kekalahan pada minggu ini.

Adakah pasukan Geek Fam sudah mula hilang taring mereka atau ini hanya strategi mereka ingin melihat corak permainan pihak lawan?

Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan minggu ke-5 yang pastinya penuh dengan drama dan debaran.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram