OUR STREAMERS

PUBGM: MK K-Clique, Wolfy kasi 'Sapu Rata' ; KOL's HB Daddyhood, AC Soloz, R2K XK Penjahat dalam MV?

Posted by Nadzreen on November 18, 2021

Siapa tidak mengenali rapper popular Malaysia, MK K-Clique atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan baru-baru ini muncul dengan lagu terbaru berjudul ’SAPU RATA’ kolaborasi bersama Wolfy yang juga merupakan lagu tema untuk permainan PUBG MOBILE.

"MK sangat bersyukur, ini satu projek yang besar berkolaberasi dengan PUBGM, Wolfy dan satu lagi perjalanan untuk MK maju ke depan.

"Harap peminat PUBGM dapat terima dan memberi sokongan kepada dunia musik dan industri e-Sukan.

Beliau juga dilantik sebagai duta jenama untuk PUBG MOBILE di Malaysia pada Mei yang lepas.

Di dalam musik video rasmi 'Sapu Rata' itu juga membawakan KOL's HB Daddyhood, AC Soloz, R2K XK Penjahat, R2K Agusrianzz, SMG Ziso, HB Nukk dan Evos Yakuza.

Sementara itu, HB Daddyhood berkata mereka teruja dan gembira apabila terbabit dalam musik video 'Sapu Rata' dan berjaya

''Ianya sesuatu yang baru untuk kami. Ianya satu benda yang official dan ramai influencer yang ada tapi kami yang dipilih. Ianya satu perkara yang sangat mengembirakan kami.

"Terima kasih kepada PUBGM yang sudi mengambil kami sebagai bakat di dalam MV ini dan harapan kami lagu ini akan menjadi siulan pemain PUBGM dan menjadi pilihan mereka serta ini merupakan juga kempen kepada peminat agar sentiasa mengingati permainan ini," katanya.

‘SAPU RATA* kini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, Youtube (MV) dan juga Apple Music termasuk di dalam permainan video PUBG MOBILE.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd (Tel: +603 9543 3838)
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
© 2021 MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD. All Rights Reserved
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram