OUR STREAMERS

PUBGM: Pasukan kampus manakah yang bakal bergelar juara PMCC 2021?

Posted by Nadzreen on November 18, 2021

PMCC tahun ini memberikan hadiah yang lebih tinggi daripada sebelumnya di mana juara kejohanan tersebut juga akan membawa pulang bahagian terbesar daripada hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000.

Menurut Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata, tiga pasukan teratas (PMCC) 2021 layak ke Kejohanan Kampus PUBG Mobile SEA (PMCC SEA) 2021.

“Selain hadiah wang tunai, 3 pasukan teratas juga akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan PMCC SEA 2021, menentang pemenang dari negara lain di rantau ini.

 

"Ia sememangnya ujian kemahiran yang sebenar dan Yoodo berbangga dapat memperkasakan pemain muda dalam perjalanan mereka untuk mencapai kejayaan,” katanya.

“Ini menunjukkan bahawa 16 pasukan teratas akan berjuang habis-habisan pada peringkat akhir. Sebagai jenama yang sangat komited dalam mencungkil bakat muda tempatan, khususnya dalam esukan, kami amat berpuas hati melihat usaha kami dalam PMCC 2021," katanya.

16 pasukan teratas Kejohanan Kampus Yoodo PUBG Mobile (PMCC) 2021 akan bertarung untuk merangkul gelaran juara PMCC 2021 pada minggu ini (20 dan 21 November 2021).

Sementara itu, perlawanan istimewa Hide;Seek yang disertai para influencer PUBG Mobile kegemaran ramai seperti Soloz, Daddyhood, Master Ramen, Pemburu dan lain-lain pada jam 5.00 petang pada 21 November ini.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd (Tel: +603 9543 3838)
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
© 2021 MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD. All Rights Reserved
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram