OUR STREAMERS

Sukan Sea: Gabungan pemain FO4 dan pemain skuad FAM eRimau 'Resepi' FAM!

Posted by Nadzreen on May 5, 2022

Baru-baru ini, kecoh mengenai isu ada tangan 'Ghaib' yang dikatakan cuba mengatur pemilihan pemain bagi skuad FAM ERimau namun itu semua sudah terjawab apabila 4 nama pemain diumumkan.

Antara nama yang dipilih adalah MUHAMMAD LUQMAN HAZIQ HAJIMAN (LuqmanHzq), 25, GBX ESPORTS TEAM, dan tiga pemain dari Orange Esport, MUHAMMAD ASYRAF KAMAL (AK31), 29, GAN MUN KIAT (RippedJeannn), 25 dan WAN MUHAMMAD HAKIMM WAN NARIZAN (P3rlisTeamJr), 24.

Dalam satu kenyataan berkata, ini adalah kali pertama FAM menghantar pasukan bagi kategori FO4 serta mengambil kira ketiadaan server FO4 di Malaysia dan cadangan ini turut diberikan kepada negara-negara lain yang tidak mempunyai server FO4.

"Pemilihan pemain yang bertanding di kejohanan FIFAe Nations atau pemilihan berdasarkan peringkat saringan mengunakan FIFA HD.

"Strategi untuk menubuhkan pasukan yang akan menggalas cabaran negara ke temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi. Strategi ini dilihat dapat membantu skuad FAM eRimau untuk mencapai sasaran pada temasya Sukan SEA ini.

Tambahan pula, disebabkan oleh Luqman Haziq yang bersama skuad FAM eRimau menduduki tangga ke-5 ranking dunia bagi FIFAe Nations, skuad FAM eRimau telah diletakkan sebagai Kategori A bagi penyertaan ke Sukan SEA 2021 ini.

Skuad FAM eRimau ini telah menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya dari 25 hingga 29 April 2022 dan mereka dijadual terbang ke Hanoi pada 10 Mei 2022.

Bagi acara FO4 pada Sukan SEA 2021 itu nanti, saingan peringkat kelayakan akan berlangsung pada 14 Mei 2022 manakala saingan Final pada 15 Mei 2022 dengan venue pertandingan di National Convention Center Vietnam.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram