
BBB2.0: ‘Saksama Bersama’ peranan wanita masa depan negara
Wanita Malaysia boleh dikatakan setaraf dengan wanita di negara-negara maju kerana mempunyai suara yang lantang, yang didengari oleh pihak berkepentingan termasuk kerajaan.
Kehendak mereka dilayani dan menjadi kenyataan dengan adanya dasar dan pelan tertentu kerana wanita dahulu sentiasa bergantung kepada lelaki serta perlu merujuk kepada mereka bagi melakar perjalanan hidup.
Sehingga mengakibatkan suara wanita pudar atau kadang-kadang dipadamkan terus dalam sistem patriarki yang ketat.

Sempena menyambut Hari Wanita, eGG Network membawakan program bual bicara Bold Brave Beautiful 2.0 (BBB2.0) membawakan empat tetamu jemputan antaranya, Goh Liu Ying, Mariah Ahmad (WTM), Muna Shahirah, dan Fieya julia.
BBB2.0 bakal ditayangkan pada 8 Mac ini sebanyak dua episod di siaran 800 eGG Network bagi merungkai persoalan kemajuan wanita dalam kerjaya dan persepsi masyarakat terhadap wanita.
Jom kita dekati dan selami apa pandangan mereka dalam topik yang bakal diajukan.
Siapa tidak mengenali pakar beregu campuran Badminton Malaysia, Goh Liu Ying menjadi sandaran negara pada pelbagai kejohanan badminton di seluruh dunia baginya, perkara membabitkan persepsi wanita dan lelaki tidak akan ada kesudahanya.
Baginya sebagai pemain wanita sudah pastinya dia perlu menjadi 'sama kuat' dan pantas seperti pasangan beregunya kerena inilah tanggungjawab yang perlu digalas demi lencana didada.
"Wanita lebih terdedah kepada kecederaan kerana badan merekatur, jadi mereka perlu bekerja lebih keras untuk menjaga diri mereka sendiri.

"Jika anda sudah melepasi usia 30 tahun ke atas anda mula rasa struktur badan lebih cepat merosot dan prestasi mereka lebih cepat merudum daripada lelaki," katanya.
Menurutnya, e-Sukan memerlukan kemahiran mental yang tinggi berbanding fizikal.
"Dia dan rakan seperjuangannya juga menikmati bermain permainan video seperti pubgm dan mlbb. Dulu saya pernah ada pasukan Dota dan kini hanya bermain 'mobile game'.
"Sekadar melepaskan stress dan tidak boleh secara terangan nanti ada pula yang mengatakan kami tidak fokus kepada latihan dan pertandingan kerana kami ini sering dihakimi.
Dia berkata, jika dia bukan seorangan ahli sukan dia akan mengikut jalan pilihan ayahnya menjadi guru sukan atau ahli farmasi.
Bukan mudah bagi seorang wanita untuk mendominasi kerjaya yang majoritinya dikelilingi lelaki namun itu tidak mematahkan semangat pengasas What’s The Meta Today’s (WTM), Mariah Ahmad untuk memberikan kelaianan dalam penyampaian berita e-Sukan yang kini sedang meningkat naik.
Menurutnya, organisasi-organisasi yang ada kini mendahulukan penampilan dari bakat.
"Neratif ini perlu diubah kerana wanita juga adalah pemain juga bukan hanya ada rupa paras yang cantik saja.
"Bakat saja tidak cukup bagi wanita untuk popular dan ianya perlu labih dari sekadar bakat saja. Antaranya Kara, dia merupakan pemain yang berbakat" katanya.

Mariah berkata pemain lelaki tidak menghadapi kesukaran itu kerana mereka terkenal kerana bakat itu sendiri.
Selain itu, apa yang merimaskan dirinya adalah orang awam 'layan' pemain wanita dan lelaki sangat berbeza.
"Kalau nak jadi pemain pro, kasi jadi jer. Tak perlu pedulikan apa orang nak kata dan hanya fokus pada diri sendiri.
Baginya, komen yang tidak mendatangkan faedah, abaikan sahaja. Dari membuang masa untuk sakitkan hati lebih baik dia memperbaiki dirinya.
"Dahulu ya. Sekarang tidak lagi," katanya.
Katanya, dia menasihati agar wanita yang ingin berkecimpung dalam industri ini lebih bersedia kerana ianya didominasi oleh lelaki dan tidak semuanya tidak baik.
"Bersedia menghadapi persekitaran 'toxic' agar anda tidak kecewa. Bila anda realistik anda akan tabah menghadapinya.
"Bagi lelaki pula yang ingin membantu wanita, gunakan kuasa anda dari menjatuhkan orang lain kerana anda mempunyai banyak kelebihan," katanya.
Jangan lupa untuk menyaksikan bual bicara BBB2.0 di saluran 800 eGG Network.