16 Pasukan Negeri 'Buru' Gelaran Juara MEL22 Peringkat Kebangsaan PUBGM Dan MLBB!

Posted by Nadzreen on September 26, 2022

16 pasukan-pasukan negeri yang telah memenangi Malaysia Esports League 2022 (MEL22) Peringkat Liga Negeri dan akan mewakili negeri masing-masing di MEL22 Peringkat Kebangsaan bagi kategori PlayerUnknown's Battlegrounds Mobile (PUBGM) dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Kejohanan itu akan berlangsung pada 26 Oktober sehingga 2 November 2022 bagi PUBGM, manakala MLBB pada 1 dan 2 Oktober 2022 di ESI Hub, Spacerubix Puchong.

Berikut adalah pasukan-pasukan yang telah berjaya memenangi MEL22 Peringkat Liga Negeri bagi PUBGM.

Pulau Pinang: Agent in Pyjamas, Selangor: HK Nemesis, WP Putrajaya: Anti Circle, Kelantan: DBD Academy, Melaka: DBD Comeback, Johor: Team Dingin, Sarawak: Miri MOB Borneo, Kedah: DBD Glazer, Perak: EDRA Ares, WP Kuala Lumpur: Nemesis, Pahang: LX FTSLR, Terengganu: Tomyam Reborn, Negeri Sembilan: AE N9K, WP Labuan: RHG Rogue dan Sabah: Ivict Star Elite.

Bagi MLBB pula, Pulau Pinang: ELX, Selangor: Freakout MY, WP Putrajaya: Miracle Gaming MG, Kelantan: Kespoc KEA, Melaka: Purge Esports, Johor: Tupai Esports, Sarawak: Bountee Esports, Kedah: Team Dongibab, Perak: Team Lima , WP Kuala Lumpur: Origins, Pahang: Pando EWG (B), Terengganu: CikBoss Empire., Negeri Sembilan: Cheyva Esport, WP Labuan: Donat, Sabah: Tupai Ultra.

Hadiah terkumpul berjumlah RM299,500, MEL22 akan diperluaskan dengan tambahan 2 tajuk permainan baharu dan kategori yang dikembangkan daripada 4 hingga 7 dengan penyertaan liga orang kelainan upaya (OKU).

MEL22 akan dibahagikan kepada 3 siri iaitu Siri MEL22 Regular yang terdiri daripada Liga Negeri MEL22 dan Kebangsaan MEL22 yang menampilkan 3 tajuk permainan - Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PlayerUnknown's Battleground Mobile (PUBGM) dan Garena Free Fire (FF); Siri Terbuka MEL22 menampilkan 3 tajuk permainan - Dota 2, FIFA23 dan Valorant; dan Para MEL22.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)