Fifa22: Moehamad “Chanks” Zulisar terima 'Lamaran' Team Haq Esports Club (THQ)

Posted by Nadzreen on Oktober 21, 2021

Siapa menjangkakan pemain Fifa Nombor 1, Indonesia, Moehamad “Chanks” Zulisar 'beralih angin' dengan menyertai THQ selepas sebulan memikirkan hala tuju buat dirinya.

Chanks yang pernah menerima ePiala Indonesia 2021 menjadi rebutan kelab-kelab e-sukan tempatan dan antarabangsa memilih THQ sebagai pasukan baharu dengan keyakinan boleh mengembangkan lagi kerjaya beliau dalam industri ini.

Beliau yang berusia 28 tahun itu akan berkelana ke Malaysia selepas menandatangani kontrak bersama THQ di Indonesia dan menghantar tiba seawal November 2021.

Chanks berkata perpindahan ini merupakan satu cabaran baharu kerana pertama kalinya saya beraksi di negara luar dari Indonesia.

"Saya turut berbangga kerana berpeluang untuk beraksi bersama satu pasukan terbaik di Asia Tenggara. Saya yakin saya akan membawa
lebih banyak kejuaraan untuk pasukan ini bersama rakan pasukan saya," katanya.

Antara pencapaian terbaiknya, adalah mewakili Indonesia ke Piala Negara FIFA dan mewakili Persikabo kepada Kelayakan Piala Dunia Kelab FIFA.

Ketua Pegawai Eksekutif THQ, Muhammad Aimanulhaq Zaharuddin berkata, pihaknya bekerja keras untuk membawa Chank ke pasukan ini dan sudah pasti berasa
gembira apabila perpindahan ini berjaya dilengkapkan.

"Kemasukan Chank ke pasukan kami sudah pasti akan meningkatkan kualiti pasukan dan saya yakin beliau akan cepat membiasakan diri dalam suasana pasukan baharu beliau," katanya.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram