Dari Hati kali ini membawa seorang wanita yang dikatakan boleh tidur dimana-mana sahaja. Biar betul Nak tahu?

Jom ikuti kisah temubual bersama tetamu Dari Hati kali ini, SleepyGodzillas:-

Nak tahu lebih lanjut mengenai Sleepygodzillas klik disini.

Sekiranya anda terlepas peluang untuk menyaksi Dari Hati, kini anda boleh menonton melalui Astro GO dan Sooka Malaysia.

Dari Hati episod seterusnya pada 21 Jun 2022 jam 9 malam (GMT+8) hanya di eGG Network (Saluran 800).

Episod lepas Dari Hati membawakan seorang lagi strimer yang dikenali sebagai 'Pahlawan Melayu Sasa' yang gemar berkongsikan ilmu pengetahuannya mengenai teknologi terkini berkaitan komputer.

Siapa lagi kalau bukan Afiq Chii, merupakan salah seorang Facebook Creators yang gemar bermain Player Unknown Battle Ground 'PUBG'. Mungkin masih ramai lagi tertanya-tanya bagaimanakah

kehidupannya dalam perjalanan menjadi seorang strimer. Ayuh kita baca sedikit mengenai Afiq Chii di majalah ringkas yang disediakan dibawah.

Nak kenali Afiq Chii lebih lanjut, sila klik di pautan ini.

Sekiranya anda terlepas peluang untuk menyaksi Dari Hati, kini anda boleh menonton melalui Astro GO dan Sooka Malaysia.

Dari Hati episod seterusnya pada 7 Julai 2022 jam 9 malam (GMT+8) hanya di eGG Network (Saluran 800).

Desas desus mengenai ke mana hala tuju empat pemain dan jurulatih Team Haq kini terjawab apabila menyatakan hasrat untuk kekal bersama Team Haq.

Sejurus selesai MSC2022 baru-baru ini, empat pemain dan jurulatih Team Haq, Pubz, Minn, Mann dan Lolla menamatkan 'tugasan' mereka bersama Orange Esports.

Walaupun menerima beberapa tawaran dari pasukan dari yang bakal beraksi di MPLMYS10 mereka masih ingin bersama dan tidak mahu berpecah.

Jurulatih Team Haq, Pubz berkata, tawaran berkenaan tertuju berasingan pada setiap pemain dan dirinya dari pelbagai pasukan.

Photo: FB Team Haq Esports

"Kami selesa bersama dan peluang beraksi di MSC2022 baru-baru ini membuka lagi peluang untuk kami belajar dari kesilapan.

Kini Team Haq sedang membuka 'tryout' untuk mencari 'Gold Laner' bagi menguatkan lagi pasukan mereka untuk beraksi pada qualifier MPLMYS10.

"Kami menerima lebih dari 50 pemain untuk mendaftar tryout ini dan ada juga pemain yang pernah bermain MPL juga turut mendaftar.

"Tiada 'pintu belakang' untuk pasukan ini memilih pemain berkenaan. Kami mahukan pemain yang 'banyak mulut' ketika bermain dan mempunyai displin yang tinggi," katanya.

Dia berkata, peringkat qualifier pastinya pasukan seperti Geeks Fam dan MAB Esports akan memberikan saingan.

"Tidak dinafikan dua pasukan ini akan menjadi pasukan tumpuan dan pasukan dari tier-2 juga tidak boleh dipandang rendah.

"Cara permainan dan mekanik mereka sama saja apa yang membezakan adakah mereka mampu untuk menerima tekanan mental dan fizikal pada peringat qualifier itu nanti," katanya.

Rata-rata masih belum boleh melupakan perlawanan akhir antara RSG PH dan RRQ HOSHI yang menjadi tanda tanya apakah yang berlaku kepada pasukan RRQ HOSHI.

Menghalang pemain daripada mengambil hero kegemaran mereka adalah faktor utama untuk membuat pasukan RSG PH.

Menurut Demonkite berkata, Franco dan Claude merupakan pemain kegemaran pasukan RRQ HOSHI dan ternyata melakukan 'ban' kepada dua hero ini mereka mati akal.

"Vyn hanya mampu bermain hero Franco jadi dengan menghalang pengambilan hero berkenaan memberikan kami untuk melakukan perlawanan.

"Kami belajar di 'upper bracket' dan kami sedari Franco dan Claude mereka sangat kuat dan kami yakin boleh menewaskan mereka di final.

Dia berkata, mereka (RRQ HOSHI) bermain sangat baik namun bukan rezeki mereka untuk menjadi juara.

RRQ HOSHI Skylar tidak memberi peluang untuk mendapatkan hero Claude dan corak permainannya agak berlainan.

Adakah anda sudah mengumpul koleksi tin edisi terhad yang menunjukkan watak permainan Mobile Legends pada varian NESCAFÉ 'Original'?

Setiap tin NESCAFÉ x Mobile Legends edisi terhad sekarang ini boleh dibeli secara eksklusif di tiga peruncit khusus di seluruh negara: Koleksi Badang di kedai 7-Eleven, koleksi Brody di stesen minyak Petronas, koleksi Valir di stesen Shell sementara stok masih ada, dan sementara itu , koleksi Aamon sudah boleh didapati di kedai-kedai yang berdekatan anda! 

Penyertaan NESCAFÉ RTD ke dalam Esports dengan Facebook Gamers dan pasukan permainan Mobile Legends, SMG telah membuktikan kejayaan dan mewujudkan satu jenama kopi pertama yang dilakukan dalam komuniti sukan berkenaan.

April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata pengikut Esports di Malaysia memang sangat besar terutama dalam kalangan masyarakat di dalam negara kita dan pendemik membuatkan ia berkembang dengan lebih pesat.  

"Pelancaran tin edisi terhad NESCAFÉ x Mobile Legends bertujuan untuk menawarkan kedua-dua pemain dan peminat merasai pengalaman unik, dalam dan luar waktu permainan yang popular itu," katanya.

Luarbiasa! Itu yang boleh dikatakan pada perlawanan terakhir pertembungan dua pasukan yang mengidamkan kejuaraan MSC2022.

Ternyata pasukan RSG PH membuat kejutan demi kejutan dengan menumpaskan 'Raja Segala Raja' RRQ HOSHI dengan mudah 4-0 pada perlawanan akhir MSC2022.

Satu perlawanan yang sengit dipamerkan kedua pasukan namun dengan displin yang tinggi dan sukar diramal apa yang mereka ingin lakukan membuatkan pasukan RRQ hilang arah.

MVP perlawanan diberikan kepada EMANN 'Gold Lanner' kerana corak permainannya yang luar biasa.

Pemain RRQ HOSHI Light juga membuktikan dia pemain yang perlu diawasi namun kesilapan mereka tidak mengawal pemain itu memberikan kelebihan juara.

Apa yang boleh dirumuskan daripada perlawanan akhir ini, pasukan RRQ HOSHI bermain sangat baik namun pertahanan RSG PH sukar ditembusi walaupun mereka hampir menjatuhkan menara kristal.

Dua perlawanan pertama RRQ HOSHI mampu memperoleh kejayaan namun perkara itu disiakan dengan sedikit kesilapan daripada mereka memberi peluang kepada RSG PH untuk bangkit.

Dua perlawanan akhir ternyata, RSG PH pula melakukan serangan tidak henti sehingga mereka mampu menamatkan perlawanan lebih awal.

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram