Pasukan Malaysia bakal bertemu dengan juara bertahan iaitu Filipina.

Cabutan Kumpulan untuk MLBB Sukan SEA 2022

Cabutan peringkat kumpulan untuk bermain eSukan Mobile Legends: Bang Bang melihat kumpulan A bukan 'biasa-biasa'.

Manakala di kumpulan B tuan rumah Sukan SEA iaitu Vietnam berada bersama-sama pasukan Indonesia dan Singapura.

Adakah cabutan ini benar-benar akan menguji pasukan Malaysia untuk ke peringkat seterusnya.

Sama-sama kita doakan pasukan Malaysia mampu memberi kejutan dan sinar untuk memperoleh pingat pada temasya kali ini.

Onic Esports Indonesia memenangi MPLI 2021 dalam aksi yang berlangsung selama empat perlawanan, semalam.

Pada pusingan akhir, mereka berjaya mengecewakan pasukan dari Filipina, Blacklist International dan memenangi juara.

Pada perlawanan pertama, Blacklist International tampil agresif. Mereka terus memberi tekanan kepada pemain Onic Esports, sukar untuk melakukan serangan balas. Sehingga akhirnya mereka menang dalam masa kurang 15 minit.

Memulakan permainan kedua, Onic Esports yang tampil agresif. Drian dan ahli pasukannya tidak memberi peluang kepada Blacklist International untuk menguasai Land of Dawn dengan mudah.

Pertarungan itu dipersembahkan, di mana kedua-dua pasukan bergilir-gilir untuk memberi tekanan antara satu sama lain dan Blacklist International boleh bermain secara agresif semula.

Mereka telah menang dengan tujuh serangan berbanding tiga ketika perlawanan memasuki minit ke-10. Akhirnya juara PMPL ID S8 berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Perlawanan menjadi lebih sengit pada perlawanan ketiga. Onic Esports, yang telah mendapat keyakinan, dan pemain Blacklist kelihatan bingung dibuat untuk bekerja keras untuk menahan serangan.

Strategi perlawanan dengan tiga hingga empat pemain cuba dilakukan oleh Blacklist International. Dari situ mereka mendapat 'kill' beberapa kali, namun Onic Esports dapat menjangka dan berjaya menang.

Onic Esports memenangi MPLI 2021 dalam perlawanan keempat. Di mana mereka memaksa juara PMPL PH Musim 8.

Menarik perhatian kami apabila hashtag #IndoPride bergema di media sosial selepas mereka meratah Blacklist International.

Sambutan Kejohanan UMMLCC musim ke-3 peringkat negeri mendapat sambutan luar biasa di mana sebanyak 304 pasukan kampus dari seluruh negeri bersaing bagi melayakkan tempat di Kejohanan Kenegaraan.

16 pasukan kampus yang mewakili negeri masing-masing menunjukkan kegigihan mereka menghadapi cabaran dan mendapat tempat di Kejohanan Kebangsaan yang akan berlangsung pada 20 dan 21 November 2021.

Sebanyaknya RM60,000 hadiah terkumpul dan 32,520 Berlian bakal diraih pasukan pemenang.

Memandangkan terdapat permintaan yang tinggi untuk playoff Wildcard daripada pasukan yang menduduki tempat kedua dan ketiga pada U Mobile telah memperuntukkan 2 slot untuk playoff untuk dua pasukan mendapat tempat di Kejohanan Kebangsaan.

Team Rusuh dari Politeknik Sultan Idris Shah dan UiTM Vendetta dari UiTM Shah Alam mempamerkan aksi luar biasa bagi memperoleh slot kedudukan mereka untuk ke peringkat akhir.

14 Pasukan Kampus Yang Mewakili Negeri

1 Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia XTINCT
2 Wilayah Persekutuan UiTM Selayang ASTRAZANECA
3 Negeri Sembilan UiTM Rembau TFK LIMIT
4 Melaka Universiti Teknikal Malaysia Melaka UTEM H
5 Universiti Johor Tun Hussein Onn JANGAN LUPA JOKI
6 Perak Politeknik Premier Ungku Omar NO REGRETS
7 PAKATAN PROKSI Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang
8 Kedah Politeknik Sultanah Bahiyah CHOCOWEH X PTSB
9 Perlis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin PTSS RUSHER
10 Pahang Universiti Malaysia Pahang UMP TIGRE DEL SUR
11 Kelantan Universiti Malaysia Kelantan POKEMON JR
12 Terengganu UiTM Dungun TELUK GADUNG
13 Sabah UiTM Kota Kinabalu, Sabah UITM RUSUH
14 Sarawak Universiti Malaysia Sarawak UES SIYES AH?

Sementara itu, berita baik kepada semua pelajar, pensyarah, dan pentadbiran di Universiti. U Mobile turut
melancarkan peraduan Win Giler Prizes dengan jumlah hadiah bernilai RM15,000.

Jangan lupa untuk berkongsi peraduan dengan keluarga dan rakan anda untuk mendapatkan hadiah!

Daftarlah sekarang melalui URL ini, . Tempoh peraduan dari 27 Oktober 2021 hingga 31 Januari 2022.

Kekalahan pasukan Orange Esport kepada pasukan Alter Ego 1-2 semalam, agak menghampakan peminat tanah air di mana pasukan Orange Esport melakukan perlawanan pertama namun pada perlawanan kedua kelihatan Alter Ego bagai 'dirasuk' pada perlawanan kedua dan perlawanan penentuan.

Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan pada pasukan Orange Esport kerana bermain agak baik pada awal perlawanan dan mula 'hilang arah' pada perlawanan dua perlawanan terakhir.

Hari ini, pasukan Todak akan berentap dengan pasukan See You Soon. Dijangkakan pasukan Todak akan menang mudah dalam perlawanan ini nanti.

Mampukah pemain pinjaman mereka Leixia 'menyinar' pada perlawanan ini? Corak permainan apakah yang akan ditonjolkan pasukan Todak pada hari ini.

Begitupun laluan pasukan Todak kelihatan sukar berikutan mereka berada dalam kumpulan bahaya apabila dipilih oleh Blacklist International untuk 'Berentap' dalam kumpulan sama iaitu kumpulan C.

Todak, Geek Fam ID, See You Soon, dan Bigetron Alpha akan berentap untuk melawan Blacklist di peringkat suku akhir kelak.

Pengumuman barisan pemain pasukan Todak untuk MPLI baru-baru ini memberikan pelbagai reaksi daripada peminat apa pasukan itu membuat kejutan dengan 'meminjam' pemain RSG MY Leixia.

Walaupun prestasinya sedikit merudum pada musim ini, namun dengan pengalaman dan corak permainannya luar biasa khidmatnya ditagih pasukan Todak.

MPL Invitational akan berlangsung pada 2 November ini di mana pasukan Todak, pasukan Orange dan SMG juga akan mengikuti MPL Invitational diikuti dengan beberapa pasukan daripada Indonesia, Singapura, Kemboja dan Filipina.

Dipinang Todak


Bagi Leixia dia tidak menjangkakan akan dipinjamkan ke pasukan Todak untuk MPLI kerana prestasinya kurang memberangsangkan.

"Ciku menghantar satu mesej di Whatsapp dan bagitahu Todak nak saya hubungi mereka untuk MPLI.

"Ketika itu saya tengah stream dan ciku masuk dalam live saya dan bagitahu sebelum pihak pengurusan RSG membuat rundingan dengan Todak mengenai perkara inj," katanya ketika ditemui.

Tekanan Dan Harapan Tinggi

Baginya, dia merasa agak sedikit tertekan kerana harapan pasukan Todak begitu tinggi dan berharap agar memperoleh kemenangan.

"Setiap pasukan mahukan kemenangan dan tiada yang mahu kekalahan. Mendapat tempat kedua pun tiada siapa yang ingat.

"Tekanan memang ada kerana ini kali pertama bermain bersama Todak dan harapan mereka terhadap saya begitu tinggi. Walaupun saya hanya pemain pinjaman saya perlu membuat yang terbaik," katanya.

Persiapan MPLI


Leixia berkata dia kini menetap di Gaming House Todak untuk bersama pasukan Todak melakukan latihan persediaan.

"Apa yang saya boleh katakan cara latihan di Todak dan RSG sangat berlainan dan mereka di sini sangat membantu saya.

"Kita tahu semua pemain Todak sangat berbakat dan saya sangat teruja ketika berlatih bersama. Kami berkongsi pengalaman bersama,"katanya.

Peluang Dan Luaskan Pengalaman.


Dia berkata, peluang untuk bermain MPLI ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan.

"Banyak yang saya perlu belajar lagi dan perkara ini adalah satu peluang untuk saya meraih pengalaman daripada pasukan lain.

"Saya akan lakukan yang terbaik dan akan mengharumkan nama negara dan nama kedua-dua pasukan,"katanya.

Kata-kata Dari Pemain RSG MY.

Sudah semestinya mereka menyokongnya kerana mereka tahu dengan peluang ini pemain itu akan lebih berjaya.

"Mereka kata buktikan kelebihan saya cakap jangan lupa jalan balik," katanya.

Dengan kemasukkan Leixia sebagai pemain pinjaman, mungkin akan memberi impak yang berlainan kepada pasukan itu. Lexia yang merupakan core yang diminati ramai semestinya boleh mengikuti rentak permainan Todak di MPLI nanti.

Sebagai seorang Jungler, Leixia bakal menunjukkan bakat bersama pasukan Todak untuk mendapat gelaran juara bagi MPLI 2021.

Adakah anda sudah bersedia peminat-peminat MLBB? Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 pastinya akan menjanjikan kelainan buat penonton dari seantero dunia.

M3 akan mengumpulkan 16 pasukan bertarung untuk meraih gelaran juara serta wang hadiah lumayan terkumpul sebanyak AS$800 ribu (RM3.3 juta) pada bulan Disember ini.

Semalam, merupakan penutup bagi peringkat grand final MPL PH dan MPL ID musim kelapan semalam, menyaksikan Onic Esport, RRQ Hoshi, Blacklist International dan Onic PH melengkapkan 16 pasukan yang bakal bersaing pada M3.

16 Pasukan Bersaing Dalam M3

  1. Team SMG Juara MPL MY musim kelapan
  2. Todak Naib juara MPL MY musim kelapan
  3. Red Canids Juara MPL Brazil musim pertama
  4. Vivo Keyd Naib juara MPL Brazil musim pertama
  5. EVOS SG Juara MPL SG musim kedua
  6. RSG SG Naib juara MPL SG musim kedua
  7. SeeYouSoon Juara MPL KH musim pertama
  8. BloodThirstyKings Juara pusingan kelayakan M3 Amerika
  9. Akatsuki Juara Arabia Major M3
  10. Malvinas Gaming Juara Kejohanan Latam 2021
  11. Deus Vult Juara Liga Mythic Mobile Legends CIS
  12. Bedel Juara Kejohanan Mobile Legends Turkey 2021
  13. ONIC Esports Juara MPL ID musim kelapan
  14. RRQ Hoshi Naib juara MPL ID musim kelapan
  15. Blacklist International Juara MPL PH musim kelapan
  16. ONIC PH Naib juara MPL PH musim kelapan

Juara MPL MY S8 Team SMG dan Naib juara Todak dijangka akan bertemu dengan saingan yang lebih hebat kali ini antaranya lawan dari negara, Timur Tengah, Amerika dan Amerika Latin.

Jika dilihat daripada prestasi yang ditonjolkan pasukan tanah air mempunyai peluang cerah dan mampu menjadi juara buat pertama kali di M3.

Terdahulu, pasukan EVOS Legends pernah menjadi juara untuk M1 manakala Bren Esports untuk M2.

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram