Dari Hati kali ini membawa seorang wanita yang dikatakan boleh tidur dimana-mana sahaja. Biar betul Nak tahu?

Jom ikuti kisah temubual bersama tetamu Dari Hati kali ini, SleepyGodzillas:-

Nak tahu lebih lanjut mengenai Sleepygodzillas klik disini.

Sekiranya anda terlepas peluang untuk menyaksi Dari Hati, kini anda boleh menonton melalui Astro GO dan Sooka Malaysia.

Dari Hati episod seterusnya pada 21 Jun 2022 jam 9 malam (GMT+8) hanya di eGG Network (Saluran 800).

Episod lepas Dari Hati membawakan seorang lagi strimer yang dikenali sebagai 'Pahlawan Melayu Sasa' yang gemar berkongsikan ilmu pengetahuannya mengenai teknologi terkini berkaitan komputer.

Siapa lagi kalau bukan Afiq Chii, merupakan salah seorang Facebook Creators yang gemar bermain Player Unknown Battle Ground 'PUBG'. Mungkin masih ramai lagi tertanya-tanya bagaimanakah

kehidupannya dalam perjalanan menjadi seorang strimer. Ayuh kita baca sedikit mengenai Afiq Chii di majalah ringkas yang disediakan dibawah.

Nak kenali Afiq Chii lebih lanjut, sila klik di pautan ini.

Sekiranya anda terlepas peluang untuk menyaksi Dari Hati, kini anda boleh menonton melalui Astro GO dan Sooka Malaysia.

Dari Hati episod seterusnya pada 7 Julai 2022 jam 9 malam (GMT+8) hanya di eGG Network (Saluran 800).

D Entertainment merupakan pro-player untuk acara game Free Fire pernah bergelar sebagai Predator untuk siri game tersebut. Pelbagai cabaran dalam menempuhi bidang strimer dan pernah bekerja sebegai penyelia tol.

Untuk baca majalah penuh boleh klik di pautan ini PAUTAN

Jom baca majalah penuh kisah D Entertainment dan sesi penggambaran bersamanya pada hari penggambaran.

Untuk menyaksikan ulangan Dari Hati anda boleh menonton melalui Astro GO dan Sooka ataupun di saluran Youtube Rangkaian eGG.

Siapa yang tidak kenal Abe Wea merupakan salah seorang pencipta kandungan untuk Permainan Facebook.

Perjalanan Hidup Abe Wea yang sangat dikagumi apabila cara hidupnya berubah 180 darjah apabila menjadi seorang strimer. Hari ini kami bawakan penggambaran eksklusif bersama Abe Wea untuk siri Dari Hati.

Jangan lupa untuk saksikan Dari Hati pada 7 dan 22 Mei 2022 bermula jam 9 malam (GMT+8) hanya di Rangkaian eGG. Dari Hati juga boleh ditonton melalui Astro GO dan Sooka.

Wanita Malaysia boleh dikatakan setaraf dengan wanita di negara-negara maju kerana mempunyai suara yang lantang, yang didengari oleh pihak berkepentingan termasuk kerajaan. 

Kehendak mereka dilayani dan menjadi kenyataan dengan adanya dasar dan pelan tertentu kerana wanita sentiasa bergantung kepada lelaki serta perlu merujuk kepada mereka untuk melakar perjalanan hidup. 

Sehingga menyebabkan suara wanita pudar atau kadang-kadang dipadamkan terus dalam sistem patriarki yang ketat.

Sempena menyambut Hari Wanita, eGG Network membawakan program bual bicara Bold Brave Beautiful 2.0 (BBB2.0) membawakan empat tetamu jemputan antaranya, Goh Liu Ying, Mariah Ahmad (WTM), Muna Shahirah, dan Fieya julia.

BBB2.0 akan ditayangkan pada 8 Mac ini dalam dua episod siaran 800 eGG Network bagi merungkai persoalan kemajuan wanita dalam kerjaya dan persepsi masyarakat terhadap wanita.

Jom kita dekati dan sentiasa apa pandangan mereka dalam topik yang akan diajukan.

Siapa tidak mengenali pakar beregu campuran Badminton Malaysia, Goh Liu Ying menjadi sandaran negara pada pelbagai kejohanan badminton di seluruh dunia baginya, perkara yang membabitkan persepsi wanita dan lelaki tidak akan ada masalahnya.

Baginya sebagai pemain wanita sudah pastinya dia perlu menjadi 'sama kuat' dan pantas seperti pasangan beregunya kerana inilah tanggungjawab yang perlu digalas demi lencana didada.

"Wanita lebih terdedah kepada kecederaan kerana badan mereka, jadi mereka perlu bekerja lebih keras untuk menjaga diri mereka sendiri.

"Jika anda sudah melepasi usia 30 tahun ke atas anda mula rasa struktur badan lebih cepat merosot dan prestasi mereka lebih cepat merudum daripada lelaki," katanya.

Menurutnya, e-Sukan memerlukan kemahiran mental yang tinggi berbanding fizikal.

"Dia dan rakan seperjuangannya juga menikmati permainan video seperti pubgm dan mlbb. Dulu saya pernah ada pasukan Dota dan kini hanya bermain 'mobile game'.

“Sekadar melepaskan stress dan tidak boleh terangan nanti ada pula yang mengatakan kami tidak fokus kepada latihan dan pertandingan kerana kami sering dihakimi.

Dia berkata, jika dia bukan seorang ahli sukan dia akan mengikut pilihan ayahnya menjadi guru sukan atau ahli farmasi.

Bukan mudah bagi seorang wanita untuk mendominasi kerjaya yang majoritinya dikelilingi lelaki namun itu tidak mematahkan semangat pengasas What's The Meta Today's (WTM), Mariah Ahmad untuk memberikan kelaian dalam penyampaian berita e-Sukan yang kini meningkat naik. 

Menurutnya, organisasi-organisasi yang kini mendahulukan penampilan daripada bakat.

“Neratif ini perlu diubah kerana wanita juga adalah pemain juga bukan hanya ada rupa paras yang cantik sahaja.

"Bakat saja tidak cukup bagi wanita untuk popular dan ianya perlu lebih daripada sekadar bakat saja. Antaranya Kara, dia merupakan pemain yang berbakat" katanya.

Mariah berkata pemain lelaki tidak menghadapi kesukaran itu kerana mereka terkenal kerana bakat itu sendiri.

Selain itu, apa yang merimaskan dirinya ialah orang awam 'layan' pemain wanita dan lelaki sangat berbeza.

"Kalau nak jadi pemain pro, kasi jadi jer. Tak perlu pedulikan apa orang nak kata dan hanya fokus pada diri sendiri.

Baginya, komen yang tidak mendatangkan faedah, baik sahaja. Dari membuang masa untuk sakitkan hati lebih baik dia memperbaiki dirinya.

"Dahulu ya. Sekarang tidak lagi," katanya.

Katanya, dia menasihati agar wanita yang ingin berkecimpung dalam industri ini lebih bersedia kerana ianya didominasi oleh lelaki dan tidak semuanya tidak baik.

"Bersedia menghadapi persekitaran 'toksik' agar anda tidak kecewa. Apabila anda realistik anda akan menghadapinya.

"Bagi lelaki pula yang ingin membantu wanita, gunakan kuasa anda untuk menjatuhkan orang lain kerana anda mempunyai banyak kelebihan," katanya.

Jangan lupa untuk menyaksikan bual bicara BBB2.0 di saluran 800 eGG Network.

Anda ada berapa ramaikah sahabat baik ketika ini? Siapakah mereka itu? Adakah sahabat baik ini sentiasa bersama dengan anda bukan sahaja semasa anda senang bahkan ketika anda dilanda musibah dan masalah?

Jika jawapan anda kepada kesemua persoalan di atas adalah positif, maka anda sangat bertuah kerana dikelilingi oleh sahabat sejati. Namun, jika anda tidak menjawab kesemua persoalan tadi, maka sahabat yang ada sekadar untuk senang bersama tiada untuk berduka.

Kali ini penulis mendekati dua jiwa yang sudah lama berkenalan antara satu sama lain. Menghadapi pelbagai kesukaran bersama dalam kancah e-Sukan dan sering mendapat perhatian peminat setiap kali beraksi dalam pertandingan.

Jom kita dekati dua pemain dari Geek Fam iaitu Xorn dan Dominus.

Xorn


Nama penuh: Mohamad Zul Hisham Bin Mohd Noor
Umur: 21
Peranan: Multirole

Seorang pakar multi-role yang mempunyai banyak bakat. Xorn telah merekodkan 78.63% kadar kemenangan dan juga merupakan MVP musim biasa pada MPL Musim 5. Dari luaran nampak malu-malu – tetapi sebenarnya kelakar dan mudah didekati. Berasal dari Kajang ini kalau nampak Xorn, jangan segan nak tegur. Mana tahu boleh makan sate daripada seorang pemain pro.

Dominus

Nama penuh: Nik Aqieff Bin Nik Muhammed Muhyyiddin
Umur: 21
Peranan: Kapten/Mage/Assassin

Sedikit mengenani Dominus yang pernah dinobatkan sebagai King of KDA musim 3, dan ini membuktikan kelayakannya untuk mengetuai skuad Geek Fam. Pada masa lapang semasa tidak menjadi kapten atau, sering di 'troll' dengan Feekz, Dominus sukakan senaman berintensi tinggi untuk menghilangkan tekanan.

Keserasian

Bagaimana anda melihat atau mengetahui sekiranya rakan anda sedang menghadapi tertekan (tekanan)? Adakah anda akan mendekati rakan anda?

Xorn: "Susah nak tengok Dominus ni 'koyak' sebab dia ni kaki bahan orang, jarang la nak tengok dia stress ke. Dalam game pon dia boleh bahan orang ini dan dia ni penghibur dalam pasukan.

Dominus: Xorn seorang yang serius dalam game. Dia ni cepat sentap dan koyak kalau rakan lain buat hal tunggu kejap dia punya emo. Tapi dalam game jela, dia akan koyak dengan kami. Kalau dia koyak tu saya boleh tahu dia akan diam dan menyendiri dalam bilik. Bila dia keluar bilik tu saya akan tegur dan mula bersembang seperti biasa.

Makanan kesihatan

Xorn: " Dominus ini kuat makan, ada saja makan berhampiran dengan dia tak kesah apa asalkan makanan. Dia suka makanan ringan seperti Mcd dan lain-lain. Dalam pemakanan dia tiada masalah senang cerita semua dia makan".

Dominus: "Xorn ni sukan makan nasi. Tak pernah lar dia tak makan nasi tak kesah lauk apa. Dia ni jarang makan, makanan ringan macam saya. Tengok jela dia kurus macam tu je".

Muzik kegemaran

Xorn: Dominus lebih sukakan genre RnB dan muzik barat. Kalau dengar tu dah tau lar lagu siapa.

Dominus: Xorn ni nampak macam keras tapi hati ada taman. Sukakan lagu Kpop dan kumpulan kegemaran Blackpink, lain macam dia ni.

Dikenali Keluarga

Xorn: Kami memang rapat dan ibu bapa kami juga turut kenal dengan semua pemain. Keluarga kami juga dah kenal sesama mereka juga.

Dominus: Sebelum pendemik ini ibu bapa kami pernah bersama melihat kami bertanding dan di situ mereka saling mengenali.

Kena kacau di 'Gaming House'

Xorn: Peristiwa ini dah lama juga, saya dan Dominus terlihat ada 'sesorang' membuka pintu ketika kami sedang 'scrim'. Kami berdua saling melihat antara satu sama lain, nak cakap berani sangat tu tak la. Kami dah biasa dengan perkara ini.

Dominus: Kami pun tak tahu benda tu sekadar nak mengusik kami, yela dah jam berapa pagi kami masih gelak tak ingat dunia. Itulah pengalaman seram kami di gaming house.

Waktu lapang

Xorn: Kami akan keluarga beriadah disekitar kawasan rumah bersama sebab pendemik kan. Kalau dulu kami akan keluar tengok wayang dan lepak makan.

Dominus: Sama la, kami akan lepak bersama dan memang tak boleh nak pergi mana-mana. Sebelum pendemik, kami akan banyak keluar tak seperti sekarang.

5 tahun dari sekarang

Xorn: Mungkin saya akan berhenti bermain jika sudah berumah tangga dan fokus pada keluarga. Itu apa yang saya bayangkan lima tahun akan datang sekiranya sudah berumah tangga.

Dominus: Saya mungkin akan melanjutkan pelajaran dan mungkin akan menjadi sesorang di sebalik tabir dalam e-Sukan ini. Masih jauh lagi untuk melihat apa yang akan berlaku.

Sukar untuk mendapatkan kawan sejati. Jika anda mempunyai kawan dan sahabat sejati sila hargai mereka. Kawan gembira ada di mana-mana, kawan bersedih jarang bersua.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan sejati anda.

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram