Penantian lebih 10,000 ribu penonton membanjiri Quill City Mall menyaksikan pasukan yang bertanding pada Playoff dan Grand Final mencetus fenomena dan sejarah baru buat MPLMYS10.

Kehadiran dua pasukan Grand Final bersama kereta mewah disambut ribuan peminat dari kedua-dua pasukan sejak jam 11 pagi ternyata memberikan gambaran acara sebegini masih mendapat sambutan peminat.

Acara karpet merah MPLMYS10 dimeriahkan dengan kehadiran KOL dan personaliti e-Sukan yang turut hadir memberi sokongan kepada pemain.

Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran MPL Malaysia, MOONTON Games berkata kehadiran peminat membanjiri kawasan pentas utama meninggalkan nostalgia sebelum pendemik melanda.

"Boleh dikatakan lebih 10,000 peminat hadir pada hari pertama Playoffs sehingga Grand Finals dan memberikan nostalgia sebelum ini di mana musim pertama kejohanan ini diadakan.

"Peminat sangat teruja sehingga ruangan kawasan pentas dari tingkat bawah sehingga tingkat enam penuh dengan peminat yang mahu menyaksikan secara langsung," katanya.

Dia berkata, rekod tontonan tertinggi sebelum ini dipecahkan dengan jumlah tontonan tertinggi sebanyak 230,609 tontonan pada Grand Final.

"Ini rekod merupakan tontonan tertinggi dan satu peningkatan daripada musim sebelumnya," katanya.

Peminat dikenali sebagai Hakim berkata, dia datang awal bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan tidak mahu beratur panjang untuk masuk.

"Terkejut dengan kehadiran ramai penonton dan memang teruja. Datang dengan kawan-kawan yang biasanya memang main MLBB.

Siapa yang menjangkakan pasukan rookie Team Haq mampu menyelesaikan dominasi pasukan Todak yang sememangnya dijangka menang menentang pasukan mereka.

Team Haq bermula dengan sangat baik dengan mendapatkan dua permainan awal namun seperti diketahui pasukan Todak mampu membuat comeback dengan mengikat kedudukan dua sama.

Pada perlawanan kelima mereka bangkit semula dengan pengunaan Diggie dan Lolita sangat baik sehingga kemenangan yang sangat diperlukan.

Penggunaan Eudora Minn memberikan kejutan kepada pasukan Todak sehingga tidak mampu memberi tekanan kepada Team Haq.

Menurut Coach Pabz, pasukannya layak menang kerana kesungguhan pemain yang tidak henti berusaha untuk menjadi juara.

"Kami tetap tenang dan mengharungi perlawanan sebaik mungkin walaupun pasukan mereka (Todak) bangkit pada perlawanan ketiga dan keempat.

"Pada perlawanan kelima, pemain reset semula dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan," katanya.

Dia akan mengekalkan pemain yang sedia ada untuk mengharungi M4 dan tiada perubahan akan berlaku buat masa sekarang.

“Dengan mentaliti begini dan pemain memahami apa yang perlu dilakukan, pastinya akan ada kelainan yang akan kami pamerkan di M4 nanti.

Pabz berkata, pasukan dia ingin bertemu adalah pasukan RSG PH dan Omega demi misi membalas dendam.

Dua pasukan, Todak dan Team Haq menempah tiket ke M4 Jakarta pada awal tahun depan demi kejayaan meraih kejuaraan dunia.

Namun, pertembungan kedua pasukan ini belum berakhir lagi di mana mereka akan bermain di Grand Final MPLMY10 pada keesokan hari ini.

Coach Pabz berkata, pasukan mereka merupakan pasukan rookie dan mereka memang ingin bermain di M4.

"Pemain bermain dengan berdisplin dan melakukan apa yang disuruh dan inilah buktinya. Pengalaman bermain di peringkat antarabangsa sebelum ini digunakan sebaik mungkin," katanya.

Pertembungan kedua pasukan sebelum ini, pada musim liga dimenangi pasukan Todak. Adakah pasukan Team Haq mampu membalas dendam pada pasukan bekas juara musim lepas?

Terlalu fokus kepada Valenz memberikan kelebihan kepada pasukan Orange Esports mendominasi permainan mengatasi Team Haq.

Orange Esports menundukkan Team Haq 2-0 pada perlawanan upper bracket pada perlawanan pertama hari kedua MPLMYS10 Playoffs.

"Pemain memberikan arahan dan melakukan apa yang sepatutnya. Jangan melakukan kesilapan kecil kerana boleh memberi kelebihan kepada lawan.

"Mereka bertindak agresif dan kami hanya menanti masa yang sesuai untuk bertindak," katanya.

Dia berkata, berterima kasih kepada pasukan Ultras yang turut memberikan semangat kepada pasukan mereka.

"Cuba menyuarakan Ultras Team Haq untuk 'menganggu' tidak memberi apa-apa malah kami enjoy dengan sorakan mereka," katanya.

Ditanyakan, bakal berjumpa pasukan Juara MPLMYS9 Todak dan ini jawapannya.

"Kami akan mengikut cara kami dan sudah pasti mereka juga akan mengeluarkan meta yang lain.

"Tunggu apa yang akan kami tonjolkan untuk perlawanan itu nanti," katanya.

Kejutan pada hari pertama, pasukan Red Esports membuktikan mereka mampu memberikan kejutan kepada bekas juara MPLMYS8 SMG 2-1 dengan kebangkitan mengejutkan pada braket bawah.

Perlawanan penentuan begitu sengit sehingga lima kali lord dan pasukan Red berjaya mendapatkan lord terakhir yang memberi kelebihan kepada mereka.

Apa yang boleh dikatakan pemain Red Esports bermain sangat berdisplin dan tahu apa yang mereka lakukan.

Menurut Ash, penggunaan Marksman di 'mid lane' adalah percaturan mereka yang baru berdasarkan pemerhatian terhadap corak permainan pasukan dari luar.

"Kami cuba perkara baru dan mendapat inspirasi daripada pasukan luar dan tidak perlu sebut pasukan mana," katanya.

Ditanyakan kepada Mom pasukan mana yang mereka mahu temui pada peringkat seterusnya dan ini jawapannya.

"Orange Esports merupakan 'King Of Group B' dan kami ingin membalas dendam kekalahan kepada mereka," katanya.

Pasukan Red Esports akan menentang pasukan daripada yang tewas di braket atas sama ada Orange Esports atau Team Haq.

Itu adalah punca utama pasukan Lunatix kecundang pada peringkat braket bawah menentang pasukan RSG MY.

"Dengan ketiadaan Eyymal yang mengalami masalah kesihatan sedikit sebanyak menjejeskan persediaan kami," katanya.

Menurutnya, tiada alasan lain selain kurang persediaan daripada pasukan mereka terpaksa mengubah perancangan pada masa akhir.

"Jika kehadiran Eyymal kemungkinan corak permainan kami lebih berbeza dan semua sudah berlaku. Kami akan mengambil keputusan ini," katanya.

Dia berkata, dia masih tidak berpuas hati dengan persembahan pasukan Lunatix walaupun berjaya ke peringkat Playoffs.

Sementara itu, Gol D. LUQ berkata kehadiran abangnya pada perlawanan harini memberi semangat walaupun terpaksa akur dengan kekalahan.

"Sorakan daripada ahli keluarga sendiri sememangnya memberikan semangat dan kehadiran mereka di sini sudah sangat bermakna buat saya.

"Terima kasih buat peminat kami yang sentiasa menyokong dan memberi sokongan daripada ingatan awal sehingga kini," katanya.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)