Dari Hati kali ini membawa seorang wanita yang dikatakan boleh tidur dimana-mana sahaja. Biar betul Nak tahu?

Jom ikuti kisah temubual bersama tetamu Dari Hati kali ini, SleepyGodzillas:-

Nak tahu lebih lanjut mengenai Sleepygodzillas klik disini.

Sekiranya anda terlepas peluang untuk menyaksi Dari Hati, kini anda boleh menonton melalui Astro GO dan Sooka Malaysia.

Dari Hati episod seterusnya pada 21 Jun 2022 jam 9 malam (GMT+8) hanya di eGG Network (Saluran 800).

Desas desus mengenai ke mana hala tuju empat pemain dan jurulatih Team Haq kini terjawab apabila menyatakan hasrat untuk kekal bersama Team Haq.

Sejurus selesai MSC2022 baru-baru ini, empat pemain dan jurulatih Team Haq, Pubz, Minn, Mann dan Lolla menamatkan 'tugasan' mereka bersama Orange Esports.

Walaupun menerima beberapa tawaran dari pasukan dari yang bakal beraksi di MPLMYS10 mereka masih ingin bersama dan tidak mahu berpecah.

Jurulatih Team Haq, Pubz berkata, tawaran berkenaan tertuju berasingan pada setiap pemain dan dirinya dari pelbagai pasukan.

Photo: FB Team Haq Esports

"Kami selesa bersama dan peluang beraksi di MSC2022 baru-baru ini membuka lagi peluang untuk kami belajar dari kesilapan.

Kini Team Haq sedang membuka 'tryout' untuk mencari 'Gold Laner' bagi menguatkan lagi pasukan mereka untuk beraksi pada qualifier MPLMYS10.

"Kami menerima lebih dari 50 pemain untuk mendaftar tryout ini dan ada juga pemain yang pernah bermain MPL juga turut mendaftar.

"Tiada 'pintu belakang' untuk pasukan ini memilih pemain berkenaan. Kami mahukan pemain yang 'banyak mulut' ketika bermain dan mempunyai displin yang tinggi," katanya.

Dia berkata, peringkat qualifier pastinya pasukan seperti Geeks Fam dan MAB Esports akan memberikan saingan.

"Tidak dinafikan dua pasukan ini akan menjadi pasukan tumpuan dan pasukan dari tier-2 juga tidak boleh dipandang rendah.

"Cara permainan dan mekanik mereka sama saja apa yang membezakan adakah mereka mampu untuk menerima tekanan mental dan fizikal pada peringat qualifier itu nanti," katanya.

Adakah anda sudah mengumpul koleksi tin edisi terhad yang menunjukkan watak permainan Mobile Legends pada varian NESCAFÉ 'Original'?

Setiap tin NESCAFÉ x Mobile Legends edisi terhad sekarang ini boleh dibeli secara eksklusif di tiga peruncit khusus di seluruh negara: Koleksi Badang di kedai 7-Eleven, koleksi Brody di stesen minyak Petronas, koleksi Valir di stesen Shell sementara stok masih ada, dan sementara itu , koleksi Aamon sudah boleh didapati di kedai-kedai yang berdekatan anda! 

Penyertaan NESCAFÉ RTD ke dalam Esports dengan Facebook Gamers dan pasukan permainan Mobile Legends, SMG telah membuktikan kejayaan dan mewujudkan satu jenama kopi pertama yang dilakukan dalam komuniti sukan berkenaan.

April Wong, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata pengikut Esports di Malaysia memang sangat besar terutama dalam kalangan masyarakat di dalam negara kita dan pendemik membuatkan ia berkembang dengan lebih pesat.  

"Pelancaran tin edisi terhad NESCAFÉ x Mobile Legends bertujuan untuk menawarkan kedua-dua pemain dan peminat merasai pengalaman unik, dalam dan luar waktu permainan yang popular itu," katanya.

Ibarat goreng pisang panas! Itulah yang boleh dikatakan apabila tiket jualan atas talian PMPL SEA 2022 yang baru diumumkan tarikh jualan bermula harini sudah mendapat permintaan yang tinggi.

Ini kerana, setelah sekian lama peminat hanya menonton pertandingan dalam talian di peranti mudah alih mereka.

Peluang untuk melihat pasukan dan pemain kegemaran mereka beraksi secara langsung sudah pasti tidak mahu dilepaskan.

Dengan pengumuman tiket jualan boleh didapati di link ini https://bit.ly/PMPLSEA_Ticket dan harga tiket juga amat berpatutan.

Harga jualan tiket seperti berikut:

Tiket 1 hari: RM 20
Tiket 3 hari: RM 50

Penjualan tiket bermula dari 27 Mei - 9 Jun 2022

Tarikh dan masa acara: 10 - 12 Jun | 2:30 PTG - 11 MALAM

Lokasi: Pusat Pameran Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dapatkan tiket segera dan jangan lepaskan peluang dan rancang perjalanan anda.

D Entertainment merupakan pro-player untuk acara game Free Fire pernah bergelar sebagai Predator untuk siri game tersebut. Pelbagai cabaran dalam menempuhi bidang strimer dan pernah bekerja sebegai penyelia tol.

Untuk baca majalah penuh boleh klik di pautan ini PAUTAN

Jom baca majalah penuh kisah D Entertainment dan sesi penggambaran bersamanya pada hari penggambaran.

Untuk menyaksikan ulangan Dari Hati anda boleh menonton melalui Astro GO dan Sooka ataupun di saluran Youtube Rangkaian eGG.

Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 2-1 sebentar tadi dengan Singapura untuk memenangi pingat gangsa bagi MLBB di temasya Sukan Sea.

Pasukan Singapura berjaya meraih kemenangan pertama dan pada perlawanan kedua Malaysia pula bangkit untuk mengikat pasukan Singapura 1-1.

Pada perlawanan penentuan, pasukan Indonesia dengan penggunaan meta tank sangat mendominasi perlawanan dan menundukkan pasukan tanah air dan kemenangan.

Pada lewat petang tadi pasukan tanah air menentang pasukan Indonesia untuk meletakkan diri ke final namun bukan rezeki untuk meraih kemenangan.

Pasukan Indonesia mendominasi permainan dari perlawanan pertama dan kedua. Pasukan Malaysia dilihat mengalami masalah untuk mewujudkan kebangkitan dan tidak berdaya menahan pasukan lawan.

Kegagalan ini pahat untuk ditelan namun semangat pemain yang bermain demi lencana di dada harus diberikan pujian.

Terima Kasih buat pasukan MLBB Malaysia kerana bermain bermatian untuk mengharumkan nama negara.

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram