Berakhirnya 2022 PMGC Grand Finals di Jakarta Indonesia semalam dengan pasukan Malaysia berada di tempat ke 10 dalam 16 pasukan terbaik dunia.

Pasukan Geek Fam bermain dengan baik dihari pertama dengan Wakil MALAYSIA Geek Fam PUBG Mobile Malaysia dikira dalam ramalan juara walaupun tidak makan ayam tetapi masih di top 10.

Pada hari kedua mereka jatuh ke tangga 13 selepas hari kedua berakhir dengan lebih mencabar. Uhigh mendapatkan kill yang banyak namun tidak berjaya untuk membawa pasukannya mendapatkan 'Chicken Dinner'.

Pada hari terakhir dengan kehadiran 6000 penonton pada hari terakhir itu, mereka cuba bangkit dalam 6 peta yang terakhir namun tidak berjaya mendapat tempat ke 10 terbaik keseluruhan.

Uhigh berkata, dia sedikit terkilan dengan prestasi yang dipamerkan olehnya pada Grand Finals PMCG.

“Tak boleh buat yang terbaik untuk semua dan agak terkilan dengan persembahan kami yang sepatutnya lebih bersedia.

"Kami yakin boleh buat yang terbaik pada mulanya dan kami dah cuba yang terbaik," katanya.

Dia berkata sokongan peminat yang sentiasa menyokong dia dan pasukannya amat dihargai.

"Terima kasih buat peminat yang sentiasa menyokong tak kira di Malaysia atau di Indonesia, kami sudah cuba yang terbaik dan akan bangkit di pertandingan akan datang," katanya.

Penantian siapakah pemenang bagi Kejohanan Telur Mata Cup 2022 (PUBGM) terjawab apabila ANTI CIRLE diumumkan sebagai juara dengan mengetepikan 16 pasukan lain.

Mirza Lemin Ahmad Kamal, (KIM), Shah Rizuan Muhammad Shaai, (SUPERBOI), Muhammad Fakhrul, dan Zulhari Ikmal mendakwa mereka tidak menjangkakan untuk menyertai pertandingan ini.

"Perasaan saya biasa je, sebab saya pun tak biasa menang." Itulah yang diluahkan oleh Superboi yang ditanya perasaan mereka apabila memenangi pertandingan itu.

Mereka berjaya membawa pulang RM20,000 daripada RM50,0000 hadiah keseluruhan dan juga tiket ke PMNC minggu hadapan.

"Sasaran kami untuk top 4 dan untuk kami mendapat tempat top 7 itu boleh berlaku kerana kami pernah bermain bersama pasukan lain sebelum ini. Kami mempunyai strategi kami sendiri," katanya.

Mereka mendakwa gembira dan ingin memberikan kejutan pada pasukan yang akan beraksi di PMNC nanti.

"Saya gembira sebab dapat bawa mereka sehingga tahap ini dan harapan kami di PMNC nanti ke PMPL akan datang," katanya.

Pasukan 4Rivals perlu mendapat 5 pasukan yang akan mara dari peringkat Last Chance ini kerana hanya dua slot jemputan di Grand Finals.

Kita lihat dulu peringkat SURVIVAL yang akan berlangsung dari 30 November - 2 Disember ini pada mana 16 pasukan akan mara ke Last Chance.

Adakah pasukan 4Rivals mampu memberikan tentangan kepada pasukan lain sama ada pasukan tanah air mahupun pasukan luar.

Pelbagai kecaman dilontarkan kepada mereka kerana tersingkir dan terpaksa bermain Last Chace untuk ke percaturan seterusnya.

Peluang kepada pasukan 4Rivals untuk membuktikan pasukan mereka layak ke Grand Finals.

Geek Fam PUBG Mobile Malaysia mengesahkan tempat ke GRAND FINALS PMGC 2022 apabila berjaya memperoleh tempat pertama dalam kumpulan kuning.

Dengan mempunyai duo maut antara Uhigh dan Mica memberikan kesan sebenar kepada pasukan Geek Fam untuk memastikan tempat ke Grand Final.

Duo ini juga berjaya mendapatkan top 'terminator' dan pujian juga perlu diberikan kepada damrude assist tertinggi,

Setipa ahli pasukan masing-masing memainkan peranan yang penting dalam membentuk strategi.

Jurang mata yang cukup besar, GEEK selamat di TOP 3 dan akan mendapat satu tiket terus ke pentas Finals di Indonesia.

Tahniah GEEK akan menjadi wakil Malaysia pertama yang akan beraksi di Finals PMGC 2022 nanti!

PUBG Mobile salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia, teruja untuk mendedahkan 20 item baharu bertemakan Lionel Messi yang akan datang ke permainan tersebut.

Pemain bola sepak lagenda itu membuat penampilan sulungnya dalam PUBG MOBILE bersama-sama dengan koleksi pakaian dan item istimewa yang akan membantu pemain melepaskan kuasa dan tenaga mereka dalam medan pertempuran.

Pemain akan menjadi legenda sendiri dalam beberapa pakaian Kapten Messi, serta aksesori dengan perhiasan baharu, payung terjun, kuali dan banyak lagi.

Rangkaian Ikon Bola Sepak Messi termasuk set bertema baharu, penutup, beg galas, topi keledar, kuali, PP-19 Bizon, Mini14, MK47, AKM, perhiasan dan bom tangan.

Seterusnya datang item Messi Super Legend termasuk set, topi, topeng dan payung terjun. Akhirnya item Messi Collaboration termasuk set, kemasan pesawat, papan hover, dacia dan perhiasan. Pemain juga masih boleh mendapatkan Jersi Kolaborasi PUBG MOBILE X Messi eksklusif melalui acara perkongsian jemputan, tetapi cepat kerana ini hanya tersedia untuk masa yang terhad!

“Sangat menarik untuk melihat PUBG MOBILE mendedahkan item yang kami usahakan bersama, saya tidak sabar untuk melihat pemain menggunakan pakaian baharu kami yang menakjubkan,” kata Messi. “Ia pengalaman hebat bekerja dengan PUBG MOBILE, dan saya amat berbangga dengan kerja yang dicapai sebagai perkongsian ini - saya tidak sabar untuk berada di medan perang dan menggunakan item ini sendiri!”

“Messi berbesar hati untuk bekerjasama, dan merupakan satu penghormatan untuk dapat mengabadikannya dalam PUBG MOBILE,” kata Vincent Wang, Ketua Penerbitan PUBG MOBILE, Tencent Games.

“Ini adalah masa yang terbaik untuk pemain PUBG MOBILE dan peminat bola sepak, dan saya harap semua orang menikmati melepaskan kuasa mereka dengan item dalam permainan yang benar-benar istimewa ini.” katanya.

Berada dalam kumpulan maut PMGC bukan sesuatu yang dikehendaki sesebuah pasukan mahupun pemain.

Itulah yang terpaksa dihadapi pasukan Malaysia Yoodo Alliance yang terpaksa akur dengan kekalahan mereka pada PMGC2022 di tangga ke 15 dalam kumpulan Hijau.

Jelas pasukan Yoodo Alliance perlu memperbaiki corak permainan mereka dan pengalaman pertama bermain di PMGC serta berada dalam pasukan bukan sesuatu yang baik.

Namun, berada dalam pasukan ini memberikan mereka pengalaman baru bermain dengan pasukan lebih kuat.

Terdapat juga cakap-cakap menentang kekalahan pasukan mereka ini disebabkan tiada jurulatih antara punca kekalahan.

Perjalanan yang jauh dari Qualifier, PMPL MYSGPH, ke SEA dan kini di pentas dunia. Yang pastinya, ini akan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan dan pengajaran yang terbaik!

Tahniah kepada Top 3 Kumpulan Hijau yang akan mara terus ke Grand Finals PMGC 2022, Godlike Stalwart, Nova dan Flux Esports.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)