Dua kemenangan diperoleh pasukan tanah air, Todak untuk hari pertama merupakan langkah kanan buat pasukan itu ke braket atas Playoffs.

Corak permainan ditonjolkan pasukan Todak hari ini membuktikan mereka wajar diberi pujian dengan corak permainan agresif.

Perlawanan pertama Todak menentang Malvinas dikumpulan A menunjukkan pasukan Malaysia lebih bersedia dari segi pemilihan hero dan corak permainan.

Todak berjaya menamatkan perlawanan dalam masa 11:46 minit dan Cikguis berjaya mendapatkan Maniac dalam pertembungan itu.

Perlawanan kedua pula antara seteru dari negara jiran, Onic Esports yang ratanya diatas kertas memihak kepada pasukan lawan.

Namun, dengan persiapan yang rapi daripada pemain dan jurulatih membuktikan pasukan Todak sudah mengetahui strategi pihak lawan.

Malah pemain Todak melepaskan hero Fanny kepada pihak lawan.

Perlawanan antara kedua pasukan itu berakir pada minit 16:35 dengan Todak berjaya menundukkan pasukan juara tuan rumah.

Persoalannya, adakah pasukan Onic Esports menyimpan senjata rahsia mereka atau pasukan Todak sudah tahu kelemahan mereka?

Madness Ariel melakar sejarah apabila menjadi juara Piala Gladriatix apabila menumpaskan Reborn SG/BM pada perlawanan Grand Finals, semalam.

Perlawanan yang mendebarkan dan penuh dengan aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan yang ingin kemenangan.

PIX KREDIT: E-SPORT MADNESS

Namun pasukan Madness Ariel bermain dengan sangat berdisplin dan mendominasi ketiga-tiga perlawanan sehingga tidak memberi peluang kepada pihak lawan.

Barisan pemain dari Madness Ariel, YANN, ARIA, FAIISTY, Capricorn, YUKII dan BUNNY dilihat sangat selesa dan persefahaman antara mereka jelas ditonjolkan pada Grand Finals.

Juara Gladriatix Cup membawa pulang MYR 8,000 dan satu slot ke MWI 2023 Februari nanti.

Dua pasukan terbaik dari Malaysia dan satu pasukan terbaik Singapura akan mendapat slot ke MWI 2023.

Dua pasukan dari Malaysia, Madness Ariel dan Zeg Iris manakala Reborn SG/BM akan mewakili Singapura.

Misi membalas dendam pasukan Singapura itu berjaya apabila mereka menang 3-0 pada Grand Finals, semalam.

Tercalon dalam Personaliti Gamer Tergempak 2022, Daddyhood meluahkan rasa bersyukur kerana ada pihak yang masih menganggap industri e-Sukan mampu memberikan impak positif kepada masyarakat dan anak muda.

"Tak sangka tercalon dan berada dalam top 5 Personaliti Gamer Tergempak 2022 bersama rakan-rakan yang lain.

"Dengan adanya anugerah sebegini, rasa dihargai dan apa yang kita usahakan selama ini diiktiraf walaupun daripada pihak lain," katanya.

Daddyhood berkata, sewajarnya acara anugerah ini perlu ada khas buat industri e-Sukan bagi memberi penghormatan dan penghargaan kepada semua yang terlibat.

"Ianya demi menaikkan jenama e-Sukan itu sendiri dan menubuhkan pemain pasukan malah organisasi yang sedia ada dalam industri ini.

"Penghargaan ini memberi makna sangat besar kepada pemain, pasukan mahupun sesiapa sahaja yang berada di belakang tabir untuk meningkatkan martabat e-Sukan.

Mengulas berkenaan masih tiada acara atau anugerah untuk menghargai jasa mereka yang berada dalam industri mungkin kerana tiada perhatian pihak berkenaan.

“Mungkin pihak yang berkenaan masih tidak sedar atau tidak amik tahu mengenai perkara ini sedangkan industri ini sudah mendapat perhatian daripada pihak lain.

Adakah anda seorang pemain MLBB wanita yang ingin bermain secara kompetitif bersama rakan sepasukan anda? Adakah anda masih merasakan bahawa kejohanan MLBB peringkat lebih tinggi tidak tersedia untuk wanita?

Masa untuk menukar perspektif anda, kerana Rangkaian eGG menganjurkan kejohanan MLBB wanita pertamanya—Piala Gladiatrix. Kejohanan ini terbuka kepada rakyat Malaysia dan Singapura dan ia bermula pada 8 Disember 2022!

Dengan sokongan Moonton, Piala Gladiatrix bertujuan untuk membangunkan dan menggalakkan lebih ramai pemain wanita di rantau SEA. Kejohanan ini mempunyai dua hadiah: Kumpulan Hadiah sebanyak 20,000 MYR dan 3 slot kelayakan untuk bertanding dalam Jemputan Wanita MLBB (2023)! Dua slot diasingkan kepada Pasukan Malaysia teratas, manakala baki satu slot dikhaskan untuk Pasukan Singapura teratas.

Kejohanan dalam talian terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan Singapura untuk mengambil bahagian, tidak kira mereka amatur atau separa profesional. Pendaftaran adalah PERCUMA sepenuhnya dan ia bermula dari 30 November hingga 6 Disember 2022.

Daftar sekarang!

Kelayakan Peringkat Kumpulan bermula dari 8 hingga 11 Disember 2022. Playoff akan berlangsung dari 16 hingga 18 Disember 2022. Playoff akan disiarkan secara LIVE di Facebook, TikTok, eGG Network CH800 di Astro, dan Sooka!

Daftar sekarang dan ikuti halaman media sosial eGG Network untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Piala Gladiatrix!

Terma dan syarat.

Perlawanan Final Upper bracket sebentar tadi merupakan 'El-Clasico' antara Rose Ophelia bertemu HomeGirls.

Perlawanan berakhir dengan comeback yang dilakukan oleh Rose Ophelia selepas tamat pada perlawanan pertama.

Rose Ophelia menjadi pasukan pertama layak ke Grandfinal esok sementara HomeGirls akan menanti kunjungan pemenang antara Baekdowh Iris dan juga Red Roses.

Pasukan mana yang akan menjadi pasukan yang akan menentang Rose Ophelia di Grand Finals?

Juara WPC akan membawa pulang wang terkumpul sebanyak RM10,000 dan trofi kejohanan.

Kejohanan Jemputan Sukan Elektronik Antarabangsa (eSukan), sebagai sebahagian daripada edisi 2022 Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN, bermula pada 8 November, baru-baru ini.

Kejohanan itu merupakan tambahan terbaru kepada segmen "Sukan & Kemanusiaan" bagi Minggu Kerjasama Pendidikan China-ASEAN tahunan.

Kejohanan itu akan menyaksikan pemain bersaing antara satu sama lain dalam “Naraka: Bladepoint”, permainan aksi pengembaraan berbilang pemain yang dibangunkan oleh pemain permainan dan internet China NetEase Inc.


Pada awal November tahun ini, pusingan kelayakan awal akan diadakan secara serentak di China dan enam negara anggota ASEAN - Thailand, Vietnam, Filipina, Malaysia, Singapura dan Kemboja. Lebih 2,000 peminat e-sukan akan mencuba permainan menentang rakan serantau mereka.


Mereka yang memenangi pusingan kelayakan akan berkumpul dalam bentuk dalam talian dan luar talian untuk kejohanan jemputan, yang mempunyai kumpulan hadiah berjumlah RMB 100,000 (RM65,000). Guiyang akan menjadi tuan rumah bahagian luar talian kejohanan yang terdiri daripada pemain China, manakala rakan pemain mereka dari negara ASEAN akan terus bersaing dalam talian.


Dalam pada itu, pertandingan ulasan e-sukan untuk kejohanan ini, yang disasarkan kepada pelajar kolej dari seluruh China, juga akan berlangsung. Acara sampingan ini dijangka membantu mengukuhkan peranan masa depan Guizhou sebagai pusat pendidikan vokasional e-sukan, dengan pengaruhnya bukan sahaja meliputi barat daya China, tetapi juga meluas ke negara Asia Tenggara.

Diadakan secara dalam talian, peraduan ini akan terdiri daripada pusingan awal, separuh akhir dan akhir. Seramai lapan peserta akan dianugerahkan atas penguasaan kraf mereka. Ia disokong oleh NetEase dan program e-sukannya "NeXTalent Starlight", yang menawarkan pengambilan bakat e-sukan, latihan dan latihan.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)