CEC: Malaysia Lakar Sejarah Baru Raih Tiga Pingat Emas Di Birmingham!

Posted by Nadzreen on Ogos 8, 2022

Pasukan Dota 2 Wanita, Lelaki dan pemain perseorangan eFootball berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel.

Siapa menjangkakan atlet e-Sukan negara mampu memberikan sumbangan pingat buat negara walaupun tidak termasuk dalam kutipan pingat rasmi.

Ini membuktikan Malaysia mempunyai atlet e-Sukan yang berbakat besar dan pihak kerajaan perlu 'membuka mata' terhadap pencapaian mereka kini.

Pasukan Dota 2 wanita dibarisi oleh Stephanie "Auroraa" Lim, Nadrah "Nada" Saufi, Wong "HG" Wei Sian, Bette "iStarx" Chia dan Tan "Shizuma" Lyn Xhin melakar sejarah apabila menamatkan kempen mereka dengan rekod tiada kalah.

Bagi Nor Haikal Noh, pemain eFootball memenangi emas dengan menewaskan lawan Scotland 2-0 dalam Grand Final eFootball (Terbuka).

Pasukan Dota 2 lelaki dibarisi Denise Danial (Wonder'Boy), William Yeoh (Mango' Rose), Pang Sze Xuan (Ponyo), Chung Wei Shen (Shenorita), Loyd Yoong Binjie (Loyd) dan Ahmad Ahyad (Ahyad) berjaya meraih pingat emas dengan menumpaskan pasukan dari England 2-1.

Kita mempunyai atlet yang berbakat namun sekiranya mereka tidak diberi perhatian, kita akan kehilangan permata untuk mengharumkan nama negara.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)