Daddyhood: Raih Satu Juta Kasih dan Sayang

Posted by Nadzreen on September 20, 2021

"November 2018, page ini boleh partner dengan follower sebanyak 4700++ sahaja. Namun, dalam masa 2 tahun lebih. Angka nya naik sampai sebegini banyak. Rezeki Allah tak pernah salah alamat", Itulah luahan Nureddy Bin Nursal atau Daddyhood pada page gamingnya apabila meraih sejuta pengikut baru-baru ini.

Fuhh! Empat daripada tujuh pengasas Team Bosskurr telah mencapai lebih 1 juta pengikut di platform Facebook Gaming masing-masing.

Pencapaian itu dilakukan oleh Soloz - Mac 2020, Fredo - Jun 2020, Penjahat - Oktober 2020 dan kini Daddyhood - September 2021.

Jom ikuti temubual bersama Daddyhood.

Perasaan dapat sejuta follower? Ucapan tahniah dari rakan? Siapa yang pertama ucapkan?

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas rezeki ini. Saya tidak pernah menjangkakan akan memperoleh satu juta pengikut secepat ini dalam dua tahun.

"Tidak pernah terlintas untuk berada di tahap ini dan ini semua rezeki yang sudah tertulis. Terima kasih buat isteri keluarga dan rakan seperjuangan yang tidak pernah putus untuk menyokong apa yang saya buat selama ini.

"Terima kasih terutama kepada pengikut saya yang menyokong Daddy Crew dari mula sehingga hari ini sehingga mendapat sejuta pengikut.

"Soloz datang berjumpa dan mengucapkan tahniah, kerana kami 7 sahabat, 4 telah berjaya memperoleh sejuta pengikut," katanya.

Pernah tak terfikir akan menjadi KOL?

Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi KOL dan bila menjadi yang KOL apa yang saya lakukan adalah hendak mendidik dan memberi ilmu yang tidak seberapa ini kepada generasi baru.

Pernah dahulu saya dianggap mengejar dan menumpang populariti sahabat lain namun perkara kata-kata negatif itu saya tidak ambil hati malah saya mempunyai rakan dalam 'circle' yang positif.

Dua tahun masa untuk mencapai kejayaan, banyak kesukaran dan kejayaan yang diperoleh. Bagaimana untuk berjaya dalam bidang ini dan berada pada tahap sekarang?

Saya jenis yang langgar dan suka bekerja. Apa-apa yang saya rasa nak buat, saya buat. Yang paling penting adalah dengan rasa bersyukur ia membuatkan saya mengingati kesusahan untuk berada ditahap ini.

Bukan mudah untuk berada ditahap ini dan seperti biasa cakap-cakap orang luar ini biasa kedengaran. Saya mengamalkan dengan tidak amik peduli sangat dan lebih kepada vibe yang positif.

Bagaimana dengan jatuh bangun Daddyhood dalam industri yang tidak diketahui orang lain?

Kalau nak cerita memang tak habis sehari..Hahaha. Tapi apa yang saya boleh ringkaskan perjalanan dalam industri ini tidak mudah dan banyak halangan dan cabaran yang perlu dilalui.

Kita ada pengetahuan dan ilmu kita kongsi kepada masyarakat. Saya jenis tak mudah nak 'koyak' sebab orang sekeliling saya semua jenis positif.

Kecaman dan sindiran daripada pihak lain terhadap cara Daddyhood dalam menguruskan sebuah pasukan.

"Untuk membina empayar seperti Homebois juga tidak mudah. Saya menganggap mereka seperti keluarga saya sendiri. Alhamdulillah, saya memberi mereka peluang dan kehidupan baru untuk mereka berjaya dalam E-sport.

“Tanggungjawab yang saya pikul ini sangat berat kerana perlu bertanggungjawab menggalas amanah daripada keluarga mereka yang mahu melihat anak mereka berjaya.

"Saya pun tidak pasti macam mana nak menguruskan pasukan dengan cara yang mereka katakan. Ada yang cakap saya tak pandai mengurus pasukan, terlalu berkeras dengan pemain saya. Apa yang saya tahu saya anak buah saya boleh apa yang mereka impikan," katanya.

Daddy pun dah sertai Tabligh. Pandang netizen Daddyhood akan stop benda lagha? Adakah ini satu pengakhiran atau permulaan?

"Saya masih yang sama tiada berubah mungkin berubah dari segi penyampaian. Saya akan meneruskan karier saya.

"Menyertai tabligh ini kebaikan utamanya adalah mengubah diri saya dan kembali kepada agama," katanya.

Tahniah sekali lagi kepada Daddyhood dari kami eGG.Network.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)