'EXN GT Circuit' Uji Ketahanan Dan Kelajuan Peserta!

Posted by Nadzreen on Oktober 25, 2022

Siapa yang minat pada kelajuan jiwa pastinya akan teruja dengan perkembangan perlumbaan sim yang kini semakin mendapat perhatian peminat daripada pelbagai golongan.

Seramai 53 peserta mendaftar untuk menyertai EXN GT Circuit [Endurance | Sprint] baru-baru ini.

Pemandu mendapat peluang untuk memandu tiga kereta perlumbaan berbeza di tiga trek perlumbaan berbeza. Ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada peserta untuk merasai kelainan memandu simulator dan berhibur bersama.

Terdapat dua kategori dipertandingkan Solo dan berpasukan. Dalam Kategori Pasukan, pemandu (berpasangan dua) dikehendaki bertukar semasa pertengahan perlumbaan. Ini lebih menarik minat penonton yang hadir pada hari kejadian.

Juara berpasukan dimenangi Kamal dan Haris dengan membawa pulang hadiah keseluruhan RM3,000 bagi ketegori kumpulan.

Bagi kategori Solo Haris Zephyrei mendapat dua kali tempat pertama dan satu ditempat kedua yang membawa pulang hadiah keseluruhan RM3,000 bagi ketegori solo.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)