FIFAe Club: GBX ESPORTS MENDUDUKI RANKING KE -14 DUNIA; PERTAMA DI ASIA!

Posted by Nadzreen on Ogos 9, 2022

Selepas kedudukan rasmi FIFAe Club dikemaskini, GBX Esports kini menduduki ranking di tangga ke-14 dunia. Ini menjadikan GBX Esports pasukan FIFA Esports No.1 di Zon Asia.

Hasil titik peluh mereka berlatih selama ini membuahkan hasil kerana berjaya melayakkan diri ke pentas akhir FIFAe Club World Cup 2022 baru-baru ini.

Kejayaan ini juga menjadi pemangkin kepada bakat baru yang juga ingin menjadi pemain yang mengharumkan nama negara dipersada dunia.

Sebelum ini, GBX Esports berjaya memasuki peringkat Pusingan 16 di FIFAe Club World Cup 2022 selepas mengharungi cabaran Kumpulan D yang juga merupakan kumpulan maut.

Mereka menumpaskan kumpulan FAS pada pusingan 16 (5-7) walaupun berjaya mendahului (3-1) pada perlawanan pertama.

Tahniah diucapkan kepada GBX Esports. Semoga GBX Esports terus maju kehadapan dan semakin MENDONIA!

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)