FIFAe Club World Cup 2022: Hajat Bertemu Pasukan Fnatic Tercapai!

Posted by Nadzreen on Julai 15, 2022

"Memang kami mahu berjumpa pasukan Fnatic kerana dua pemain mereka merupakan pemain terbaik dunia!," luah Luqman dan Akmal berkenaan pasukan mana yang mereka mahu berjumpa pada FIFAe Club World Cup 2022.

Menurut mereka, berada dalam kumpulan D yang juga kumpulan 'maut' tidak memberikan tekanan kepada mereka kerana mereka mempunyai potensi yang boleh dibanggakan seiring dengan pemain dari pasukan lain.

“Dua pemain ini merupakan pemain idola kami dan apabila mengetahui mereka juga dalam pasukan sama, ibaratkan pucuk dicita ulam mendatang.

"Mereka merupakan pemain hebat dan pertemuan kami dan pasukan mereka akan memberikan sesuatu pengalaman luar biasa buat kami," kata mereka.

Luqman dan Akmal serta bersama pihak pengurusan GBX Esports baru sahaja berlepas malam tadi ke Denmark.

Sementara itu, kesan mereka tidak boleh bermain pada tahun lepas sedikit sebanyak memberikan sinar baru buat mereka pada tahun ini.

“Pada tahun lepas kami juga layak namun pertandingan ini terpaksa dibatalkan kerana pendemik yang melanda.

Luqman dan Akmal turut menerima peruntukkan sebanyak RM30,000 daripada Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan sebagai persiapan mereka disana.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)