FIFAe Club World Cup 2022: "Ibu Bapa Perlu Ubah Sikap Dan Penerimaan Terhadap e-Sukan," Abdul Rafil.

Posted by Nadzreen on Julai 17, 2022

Itulah kata-kata seorang bapa kepada pemain GBX Esports, Ahmad Akmal berkenaan sikap segelintir ibu bapa yang masih tidak dapat menerima bidang eSukan ini mampu memberi masa depan cerah.

Menurutnya, dia memberi kebebasan kepada anaknya namun pemantauan dan apa juga yang ingin dilakukan perlulah diutamakan pelajar.

“Ibu bapa mana yang mahukan anak mereka melemahkan pelajaran dan dalam masa yang sama, anak-anak juga mahu melakukan sesuatu yang mereka minati.

"Jika dihalang mereka akan memberontak dan ia akan memberikan impak negatif kepada keluarga dan juga kepada anak itu sendiri," katanya.

Abdul Rafil berkata industri ini mula menunjukkan peningkatan dan mula dipandang oleh pihak kerajaan juga yang menyokong kemajuan eSukan ini.

"Saya rasa ianya satu perkembangan yang positif dan kini mereka (pemain) sudah mendapat tempat ke peringkat antarabangsa yang turut membawa nama negara," katanya.

Ditanyakan mengenai perasaan apabila anaknya berjaya melayakkan diri bersama rakan sepasukan dan bermain di luar negara.

"Saya rasa bangga dengan pencapaiannya dan tiada tekanan untuknya kerana apa juga keputusan dia sudah membuat kami sekeluarga," katanya.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)