Free Fire: 18 pasukan rebut 'Tahta' Free Fire Challenger Series Musim Ke-2 (FFCS S2)

Posted by Nadzreen on Julai 26, 2022

Berakhirnya peringkat kumpulan pada Ahad lalu, kini 18 pasukan akan beraksi pada FFCS S2 dan hanya 12 pasukan teratas akan bertemu pada Grand Finals FFCS S2 akan berlangsung pada 30 dan 31 Julai ini.

12 pasukan yang layak akan menerima hadiah terkumpul sebanyak USD30,000 dan akan dipilih ke MCPS Major seterusnya.

Peminat boleh meraih ganjaran dalam permainan apabila mereka mengumpulkan pasukan esports impian mereka dalam acara web Pasukan Fantasi yang dirombak bermula dari 26 Julai.

Mereka juga berpeluang menebus ganjaran pilihan mereka semasa acara strim langsung apabila pencapaian penonton tertentu dicapai.

Aksi mendebarkan itu boleh disaksikan secara langsung di semua media sosial Free Fire.

Antara pengulas yang bakal beraksi pada Grand Finals FFCS S2

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)