
Gladiatrix Cup: Memartabat Pemain Dan Pasukan Wanita Malaysia; Singapura Ke Persada Dunia!
Adakah anda seorang pemain wanita MLBB dan ingin bermain secara kompetitif bersama pasukan anda? Ramai yang masih tertanya adakah wujudnya pertandingan MLBB untuk wanita dipertandingkan seperti MPL?
Jawapannya, Mestilah ada! dan inilah masa yang tepat buat anda pemain wanita MLBB kerana julung kalinya Kejohanan MLBB Wanita MY/SG, Gladiatrix Cup oleh eGG Network akan diadakan pada 8 Disember ini.

"Gladiatrix Cup", yang bertujuan untuk memperkasakan pemain MLBB wanita di rantau Asia Tenggara disokong oleh Moonton menawarkan hadiah terkumpul sebanyak MYR20,000. Selain itu, dua pasukan teratas Malaysia dan pasukan teratas Gladiatrix Cup Singapura akan mendapat tempat untuk bersaing dalam Jemputan Wanita (MWI) MLBB 2023.
Kejohanan dalam talian ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan Singapura untuk mengambil bahagian, tidak kira mereka amatur atau profesional. Pendaftaran adalah percuma sepenuhnya dan dibuka dari 30 November hingga 6 Disember 2022.
Daftar Sekarang
Peringkat Kumpulan bermula dari 8 hingga 11 Disember, manakala Playoff berlangsung dari 16 hingga 18 Disember 2022. Perlawanan Playoff akan disiarkan secara LIVE di Facebook, TikTok, eGG Network CH800 di Astro dan Sooka.
Daftar sekarang dan nantikan halaman media sosial eGG Network untuk mendapatkan kemas kini terkini mengenai Gladiatrix Cup.