GMW2022: KAMBING GOLEK PERSONALITI GAMER TERGEMPAK 2022!

Posted by Nadzreen on Februari 27, 2023

Kejutan buat peminat gamers tanah air apabila KAMBING GOLEK dinobatkan sebagai pemenang Personaliti Gamer Tergempak pada malam Anugerah Gempak Most Wanted 2022.

Ramai yang menjangkakan Soloz atau DaddyHood akan memenangi anugerah itu namun undian yang diterima sebagai pemenang meninggalkan calon lain.

Kambing Golek atau Azean Abdul Malik tidak dapat menghadiri majlis itu namun wakilnya menyampaikan ucapan wa kambing selamanya.

Top 5 untuk anugerah Personaliti Gamers Paling Gempak, Jaa Suzuran, Soloz, DaddyHood, Kambing Golek dan Yana Samsudin.

Pemenang dipilih berdasarkan jumlah undian daripada peminat yang mengikuti sejak 15 Disember hingga 15 Januari lalu.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)