M3: Blacklist International dan Onic Esport PH tempah slot ke pusingan seterusnya

Posted by Nadzreen on Disember 15, 2021

Dua pasukan dari Filipina Blacklist International dan Onic Esport 'menggegarkan' hari ke-5 Kejohanan Dunia Mobile Legends (M3) hari ini, apabila layak ke peringkat seterusnya selepas mengalahkan mereka.

Perlawanan antara Blacklist International menentang pasukan Keyd Stars dari Brazil membuktikan pasukan dari Filipina ini sukar ditandingi lawan dari Brazil.

Berkesudahan 3 berbalas 0, Blacklist Int kelihatan sangat agresif dari awal permainan sehingga tamat perlawanan.

Tewas mengejut pada BTR, jelas menunjukkan pasukan Blacklist enggan mengaku kalah walaupun terpaksa bermain di lower bracket.

Manakala Onic Esport PH menundukkan pasukan terkuat Indonesia, RRQ dengan 3-0. Ternyata pasukan Onic sangat konsisten sehingga pasukan RRQ tidak mampu membuat apa-apa terhadap serangan yang dilancarkan.

Menunjukkan keyakinan untuk pemilihan hero yang tepat membuatkan pasukan Onic Esport sukar ditandingi.

Blacklist Int akan menentang pasukan RRQ Hoshi pada pusingan seterusnya dan pasukan yang menang akan melangkah ke peringkat seterusnya,

Esok, pasukan tanah air, Todak akan menentang pasukan NAVI pada jam 2 petang. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menonton secara langsung di siaran 800 serta di Astro Go diperanti anda.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)