M3: BLACKLIST INTERNATIONAL RANGKUL KEJUARAAN DUNIA MOBILE LEGENDS: BANG BANG

Posted by Nadzreen on Disember 19, 2021

Hanya memerlukan empat kemenangan pada perlawanan Grand Final, Blacklist International dinobatkan Juara M3 pada edisi kali ini.

Pertembungan dengan pasukan dari negara sendiri, Onic PH menambahkan keterujaan peminat dari negara itu yang ingin memastikan pulang kejohanan dibawa sekali lagi ke Filipina.

Ternyata Blacklist International sangat mendominasi pada keempat-empat perlawanan sehingga pihak lawan gagal untuk menangkis serangan agresif mereka.

Pemain Blacklist Antarabangsa, OHEB turut dinobatkan sebagai Most Valueable Player (MVP) selepas mempamerkan satu permainan yang sangat luar biasa.

Pasukan Onic PH walaubagaimanapun sudah melakukan yang terbaik dan tiada rezeki untuk menjadi juara edisi kali ini.

Seperti yang diketahui, pasukan Blacklist International terkandas pada upper bracket ditewaskan BTK namun dengan semangat luar biasa mereka mampu menjadi juara walaupun bermain pada lower bracket.

Juara M3 membawa pulang hadiah terkumpul sebanyak US$800,000 dan piala kejuaraan.

Pasukan tanah air kita, Todak menamatkan saingan pada tempat ke-6 dan itu merupakan pencapaian yang sangat baik bagi pasukan kita. Ayuh pasukan Malaysia, banyak lagi perubahan dan pelbagai strategi pasukan anda untuk memenangi kejuaraan pada M4 tahun hadapan.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)