M4: DI MANA SILAPNYA? TEAM HAQ DAN TODAK 'TERKULAI LAYU' PULANG DENGAN KEHAMPAAN!

Posted by Nadzreen on Januari 10, 2023

Hari yang menyedihkan semua peminat MLBB di Malaysia apabila dua pasukan negara tumpas pada hari yang sama ketika menentang pasukan dari negara Turki dan Amerika Syarikat.

Menjadi persoalannya apa yang berlaku kepada dua pasukan Malaysia yang ternyata menghadapi masalah yang sama dari segi pemilihan hero dan mekanik ketika berhadapan pasukan luar negara.

Adakah pasukan Malaysia hanya sekadar jaguh kampung?. Atau pasukan kita ketandusan bakat baru yang mampu memberi saingan kepada pasukan antarabangsa.

Mungkin ini pengakhiran bagi pemain berpengalaman seperti CIKUGAIS dan MOON yang sedia maklum mereka mempunyai pengalaman lebih daripada pemain lain di peringkat antarabangsa. Di mana silapnya? Kurang persiapaan atau gugup menentang pasukan yang masih baru dalam dunia MLBB?

Pasukan Malaysia 'gah' diperingkat kumpulan namun terkulai di peringkat kalah mati kerana ada yang menghalang kemaraan mereka pada peringkat kalah mati.

Buat pasukan Team Haq mereka masih baru dan ternyata masih banyak yang perlu diambil kira dari segi pengalaman dan persediaan menghadapi pertandingan antarabangsa.

Perlawanan Team Haq menentang Incendio Supremacy, di mana pasukan Team Haq menangi perlawanan pertama namun pada perlawanan kedua pasukan dari Turki itu bangkit daripada kekalahan.

Di perlawanan penentuan, TEAM HAQ seakan mampu melakukan kejuatan namun ternyata ianya sekadar menjadi mimpi igauan buat peminat tanah air.

Bagi pasukan TODAK bermain di kejohanan dunia sebanyak empat kali namun tiada rezeki buat pasukan kita yang juga mengalami kekalahan kepada pasukan THE VALLEY.

Corak permainan TODAK tidak begitu agresif seperti kebiasaannya dan pemilihan hero mereka juga menjadi tanda tanya peminat mereka.

Perlawanan pertama, pasukan THE VALLEY kelihatan lebih agresif pada perlawanan pertama dengan pengguna Fredrinn oleh MOBAZANE yang ternyata keras dan sukar ditumbangkan.

Di perlawanan kedua juga, dengan tiada hero 'marksman' kelihatan sedikit dengan menyukarkan pasukan TODAK untuk bangkit walaupun ada satu ketika Rival dengan penggunaan hero LING yang hampir memberikan kemenangan,

Walau bagaimanapun, pujian harus diberikan buat pasukan Malaysia yang sudah berjuang demi negara dan sudah tertulis pengakhirannya tidak seperti yang kita inginkan.

Ayuh bangkit buat pasukan TEAM HAQ dan TODAK, jadikan kekalahan ini sebagai pembakar semangat untuk lebih maju di masa akan datang.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)