M4: FILIPINA DESTINASI KEJOHANAN DUNIA MOBILE LEGENDS: BANG BANG M5!

Posted by Nadzreen on Januari 15, 2023

Satu kejutan buat peminat MLBB apabila sebentar tadi diumumkan Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M5 akan diadakan di Filipina.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina Abraham "Bambol" Tolentino.

"Sudah lama kami mahu adakan di Manilla, Filipina namun disebabkan pendemik sebelum ini dan kini akhirnya impian peminat tercapai.

"M5 adalah kejohanan yang besar dan ini adalah satu permulaan untuk menjadikan Filipina, satu negara terkuat dalam e-Sukan terutamanya Mobile Legends ," katanya.

Pengumuman itu juga mampu menjadi suntikkan semangat buat pasukan BLACKLIST INTERNATIONAL dan ECHO PH yang bertarung untuk gelaran juara dunia.

Kejohanan dunia sebelum ini pernah diadakan di Malaysia, dua kali di Singapura dan Indonesia.

Jika pasukan BLACKLIST INTERNATIONAL memenangi kejuaraan ini mereka akan menjadi juara dunia dua kali berturut-turut dan mampu untuk mereka melakukan kali ketiga berturut-turut atau pasukan ECHO PH akan mendapat kejuaraan kali ini dan ingin menjadi juara buat kali kedua berturut-turut di M5.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)