
M4: HomeBois Pitstop Lokasi 'Watch Party' Kejohanan Dunia M4!
Debaran semakin terasa, degupan jantung semakin pantas! Itulah yang boleh digambarkan perasaan peminat MLBB apabila MPL Malaysia teruja untuk mengumumkan 'watch party' untuk Kejohanan Dunia M4 akan diadakan di HomeBois Pitstop di Kuala Lumpur!
Pasukan Malaysia Team Haq dan Todak serta 14 pasukan dari luar negara akan beraksi pada kejohanan berprestej itu yang berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 1-15 Januari 2023 bagi merebut gelaran juara dunia.

Kejohanan ini akan disiarkan dari hari pertama dan para hadirin boleh menangkap semua perlawanan daripada Peringkat Kumpulan dan Peringkat Kalah Mati, termasuk Grand Final.
Menurut, Fikri Rizal Mahruddin, Pemasaran, dan Perniagaan Peneraju Pembangunan, MPL Malaysia berkata, Pasukan HAQ atau TODAK akan bermain pada 7-8 Januari nanti dan pastinya akan mencetuskan fenomena luar biasa.
“Kami sangat teruja kerana dapat membawa kemeriahan Kejohanan Dunia M4 kepada masyarakat tempatan kami. Kami ingin mengumpulkan rakyat Malaysia untuk menyokong Pasukan HAQ dan TODAK dan mewujudkan pengalaman yang menyeronokkan untuk rakan dan keluarga!
Mulai 7 Januari, anda boleh memeriahkan lokasi dengan memenangi barangan Mobile Legends: Bang Bang di HomeBois Pitstop dengan kehadiran Intan Serah, XK Penjahat, Zeem Ahmad dan Dennis Limming.
Untuk hadirin disyorkan untuk dibuat pra-pendaftaran terlebih dahulu untuk memenangi pelbagai hadiah menarik dan pelbagai aktiviti akan diadakan seperti cosplay menggayakan kostum hero MLBB pada hari kejadian.