
M4: "JANGAN KETERLALUAN SEBELUM HABIS PERLAWANAN!". KEBOY ONIC ESPORTS.
Itu reaksi pemain ONIC ESPORTS meraikan kemenangan menentang THE VALLEY sebentar tadi kerana tidak dapat mengawal perasaan sejurus tamat perlawanan.
Ternyata, ONIC ESPORTS dan RRQ HOSHI tidak mahu dimalukan dihadapan ribuan peminat mereka kerana bakal berentap untuk ke final braket bawah esok.
Kedua-dua pasukan ini mempunyai sejarah mereka dan corak permainan mereka tersendiri adalah kelebihan buat kedua-dua pasukan yang tidak mahu mengalah.

Menurut Jurulatih ONIC ESPORTS, Yepp berkata penggunaan hero LUNOX pada perlawanan keempat adalah berdasarkan penggubalan daripada pihak lawan dan mahu melakukan kelainan.
"Penggunaan LUNOX Kairi di perlawanan keempat jelas memberikan kesan kepada permainan dan ternyata hero ini menjadi tumpuan selepas ini.
Ditanyakan Kairi, mengenai gelaran pemain 'Jungler' terbaik di Indonesia tiada dalam impiannya namun dia lebih mahukan gelaran juara M4.
"Saya mahukan gelaran juara dan bukannya gelaran sebagai jungler terbaik," katanya.
Pemenang dalam perlawanan seterusnya akan menentang pasukan ECHO atau BLACKLIST INTERNATIONAL pada braket akhir bawah.