
M4: KAIRI 'LUAR BIASA' TUNDUKKAN FALCON ESPORTS!
Onic Esports tidak menunggu masa yang lama untuk mengalahkan pasukan Falcon Espors dengan kemenangan mudah 3-0.
Jelas kelihatan pemain Onic Esports Kairi, merupakan tunjang utama pasukan itu dengan prestasi yang ditonjolkan pemain berkenaan.

Namun, pada perlawanan ketiga pemain itu mula goyah dan melakukan kesilapan pada awal permainan.
Kairi berkata, Falcon Esports adalah pasukan yang kuat dan dengan menumpaskan pasukan itu mereka mara selangkah lagi.
"Saya melakukan kesilapan pada awal permainan dan kemudian cepat 'reset' dan kembali fokus pada perlawanan.
Dikatakan, perlawanan itu juga mendapat jumlah tontonan 2 juta penonton dari seluruh dunia.
Menerutnya, dia mahu bertemu pasukan Echo PH untuk peringkat seterusnya.