M4: SORAKAN RIBUAN PENONTON TIDAK GENTARKAN BLACKLIST INTERNATIONAL!

Posted by Nadzreen on Januari 11, 2023

Perlawanan yang cukup mendebarkan! kedua-dua pasukan saling memberikan saingan untuk mendapatkan kemenangan disetiap perlawanan.

Namun ternyata juara bertahan, BLACKLIST INTERNATIONAL mempunyai kelebihan dari segi pemilihan hero kegemaran mereka Estes dalam setiap perlawanan memberikan ruangan untuk mereka mara ke peringkat seterusnya.

Kedua-dua pasukan terpaksa bermain pada perlawanan penentuan apabila terikat 2-2 dan pemilihan hero seperti Barrat, Pharsa, Benedetta, Claude dan Estes sangat memberikan tekanan kepada pasukan RRQ HOSHI.

Ohmyven33nus berkata dengan kehadiran penonton lebih 3,000 tidak memberi kesan kepada mereka malah mereka mahu memberikan kejutan kepada peminat RRQ HOSHI.

"Kami menjangkakan sorakkan daripada peminat ini juga kena biasa dan juga akan datang selepas ini jika bertemu dengan Onic Esports di final braket atas.

"Iya menunjukkan kelebihan kami menggunakan hero kegemaran Estes memberikan gambaran awal kami akan memenangi perlawanan dengan mudah namun tidak sama sekali," katanya.

Jurulatih, Bon Chan berkata, RRQ HOSHI bermain bersama mereka lebih baik daripada kejohanan dunia M3 sebelum ini.

"Tiada kelemahan tetapi kesilapan kecil itu sahaja yang membuatkan mereka kalah dalam perlawanan penentuan," katanya.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)