M4: TEAM HAQ 'BANGKIT' KE BRAKET ATAS BERTEMU ECHO!

Posted by Nadzreen on Januari 4, 2023

Dua pasukan Malaysia berjaya melayakkan tempat ke braket atas selepas Todak menjadi juara pada kumpulan B dan Team Haq naib juara di kumpulan D.

Kedua pasukan ini telah mencipta sejarah baru apabila buat MLBB apabila dua pasukan dari Malaysia berjaya melayakkan tempat ke braket atas Playoffs.

Kekalahan Team Haq pada perlawanan pertama bukanlah penentu kepada prestasi mereka di M4 apabila kebangkitan tanah air melakukan kejutan apabila menang dua perlawanan penting sebentar tadi.

Menurut Jurulatih TEAM HAQ, Pabz berkata pasukannya gugup pada perlawanan pertama bertemu dengan RRQ AKIRA dan pemain tidak berkomunikasi dengan baik.

"Ini merupakan perlawanan pertama kami antara kami gugup dengan perlawanan itu dan kalah. Namun kami terus bangkit untuk berada ke braket atas!," katanya.

Dia berkata tiada isu antara mereka sepasukan dan penguasaan terhadap kumpulan hero mereka tidak banyak .

"Corak mereka hampir serupa lebih kepada mereka yang berhati-hati dan mereka menunggu peluang, RRQ Akira dan The Valley sama. Semoga berjaya di braket bawah, Mobazane," katanya.

Dia berkata pasukan Echo merupakan juara kumpulan selepas menang kesemua perlawanan dalam peringkat kumpulan dan pastinya peringkat Playoffs lebih menarik.

"Pemain Echo sangat hebat dan kami akan lebih fokus pada peringkat braket atas serta akan ada kelainan yang akan ditonjolkan dari kami," katanya.

Sorotan

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)